top of page

Tubuh Suruhanjaya Diraja siasat kartel dalam PDRM - Hassan Karim



Dakwaan wujud kartel dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Hamid Bador yang cuba mengganggu gugat kedudukan beliau adalah sesuatu yang sangat serius.


Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, Kerajaan Perikatan Nasional tidak boleh mengambil remeh atau 'memejamkan sebelah mata' terhadap dakwaan seperti itu.


Katanya, oleh kerana pihak yang mengadu adalah KPN sendiri maka siasatan perlu dilakukan oleh satu suruhanjaya khas.


"Saya mengusulkan kepada Kabinet Kerajaan Darurat pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya membentuk sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) tentang isu-isu berkaitan integriti dan kepincangan dalam Polis Diraja Malaysia yang didedahkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador di media baru-baru ini," katanya.


Menurut Hassan, hanya suruhanjaya diraja badan yang dikira paling layak menyiasat dan sekiranya terdapat sebarang salah laku maka tindakan tegas perlu diambil kepada pihak yang terlibat.


Pada 18 Mac lalu, Abdul Hamid Bador mendedahkan dalam program Sinar Live bersama KPN bahawa wujudnya kartel dalam PDRM yang mahu mendominasi pasukan keselamatan negara dan bercita-cita untuk menjatuhkan beliau.


"Jadi saya ingin menasihatkan mereka, hentikan perbuatan jijik ini, sedar diri bahawa pasukan ini bukan kita punya, bukan padang permainan kita," katanya dalam program tersebut yang dikendalikan oleh Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page