top of page

Tubuh pusat MITRA di setiap negeri, perkasa bantuan masyarakat India



Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) yang bermasalah sejak ditubuhkan di bawah kerajaan BN hampir sedekad lalu buat pertama kali berjaya mengangihkan keseluruhan peruntukannya pada 2023.


Sehubungan itu, Ahli Dewan Negeri Sentosa, Dr Gunaraj George merakamkan tahniah kepada pengerusi MITRA yang baharu, Datuk R Ramanan.


Katanya, Ahli Parlimen Sungai Buloh itu telah menguruskan MITRA dengan baik dan kesannya boleh dinikmati oleh masyarakat India khususnya golongan B40.


"Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat pilihan yang tepat dengan pelantikan Ahli Parlimen KEADILAN Sungai Buloh untuk menyelia MITRA sebagai Pengerusi Pasukan Petugas, kerana beliau telah menunjukkan ketegasan dan komitmen yang luar biasa untuk memperkasakan masyarakat India.


"MITRA telah diberi 'Kehidupan Baru' kerana ia menandakan kali pertama sejak penubuhannya pada 2016, unit itu berjaya menggunakan keseluruhan peruntukannya. Lebih ketara, ketelusan dan akauntabiliti di mana dana itu telah digunakan menetapkan penanda aras baharu mengenai penggunaan dana awam pada masa hadapan.


"Keputusan untuk menjalani audit pada tahun tahun operasi terdahulu oleh Jabatan Audit Negara memberikan kredibiliti dan sifat telus serta membolehkan kesilapan masa lalu diperbetulkan untuk mengelakkan kesilapan masa depan," katanya dalam satu kenyataan.


Dr Gunaraj juga memuji tindakan Ramanan meningkatkan jumlah penerima sumbangan B40 dalam program MITRA.


Katanya program seperti subsidi untuk pengajian ijazah, pendidikan awal di tadika swasta, sokongan dialisis, Pemerkasaan Sekolah Tamil dan inisiatif pembangunan sosio ekonomi dengan kerjasama pelbagai NGO amat diperlukan oleh komuniti India yang tertinggal dalam pembangunan.


Justeru, bagi memperbaiki penyaluran bantuan kepada masyarakat India pada tahun seterusnya, Dr Gunaraj mencadangkan agar MITRA mempunyai pejabat negeri sebagai mana skim Amanah Ikhtiar dan sebagainya.


"Melangkah ke hadapan, saya ingin mencadangkan penubuhan pusat MITRA di setiap negeri di seluruh Malaysia. Pusat ini akan berfungsi sebagai hab di mana individu daripada masyarakat India boleh mendapatkan bantuan dan bimbingan mengenai pelbagai inisiatif yang ditawarkan.


"Saya berharap Kerajaan Perpaduan, di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan mempertimbangkan cadangan ini dan memperuntukkan sumber yang mencukupi untuk menyokong inisiatif ini.


"Saya percaya banyak lagi yang boleh dilakukan untuk memperkasa dan memartabatkan masyarakat India di Malaysia," katanya.


Dr Gunaraj yang juga Ketua Cabang KEADILAN Kota Raja berharap dengan terbelanya komuniti India maka masa hadapan negara akan lebih makmur.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page