top of page

Tubuh pasukan khas teliti aduan perkhidmatan Touch ‘n Go



Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bertindak pantas dengan menubuhkan satu pasukan khas meneliti aduan rakyat berhubung perkhidmatan Touch ‘n Go (TNG) yang didakwa bermasalah.


Menterinya Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata pasukan yang akan ditubuhkan dalam masa terdekat itu akan diketuai Ketua Setiausaha KPDN.


Jelasnya, penubuhan pasukan khas wajar memandangkan KPDN kerap menerima aduan daripada pengguna mengenai perkhidmatan TNG sejak kebelakangan ini.


Antara aduan yang diterima berhubung perkhidmatan berkenaan termasuk isu berkaitan kad prabayar Visa TNG, kesukaran mendapat kad TNG, masalah Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) selain talian hotline yang tidak dijawab


"Saya telah meminta pihak bertanggungjawab untuk membuat kajian dan meminta pihak pengurusan TNG menjawab beberapa aduan dan rungutan orang ramai sehinggakan ada aduan yang sampai kepada saya sendiri.


"Saya akan minta laporan diberikan kepada kementerian bagi setiap kes, sebagai contoh, kita dapat secara terperinci tentang satu masalah dan syarikat memberikan jawapan dengan segera, sekali gus isu timbul dapat dipantau," katanya pada sidang media di Johor Baharu.


Mengulas lanjut mengenai isu itu beliau berkata, tindakan bakal dikenakan terhadap syarikat pengendali jika tidak menunaikan tanggungjawab menyelesaikan isu yang dibangkitkan.


"Saya akan teliti dan pastikan mereka (syarikat pengendali) menunaikan tanggungjawab, (tetapi) sekiranya mereka tidak mengambil perhatian, maka saya akan membincangkan tindakan yang akan diambil," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page