Tubuh Kerajaan Perpaduan: Tiada perhimpunan, jaga kata kata, elak provokasi - Rafizi



Penubuhan Kerajaan Perpaduan Pakatan Harapan (PH), BN dan sekutu dari Malaysia Timur dialu alukan demi memecah kebuntuan politik yang telah memasuki hari kelima.


Bagaimanapun, menurut Timbalan Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli, pimpinan dan penyokong PH seharusnya kekal berdisiplin dalam menerima berita gembira Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim diangkat sebagai Perdana menteri ke 10.


Hal itu penting, katanya bagi menjaga keharmonian negara.


"Bagi pihak KEADILAN dan rakan-rakan di dalam PH, saya menyembah takzim kepada KDYMM Seri Paduka Yang DiPertuan Agong yang telah bertitah memperkenan pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri yang akan mengetuai sebuah Kerajaan Perpaduan.


"Seperti mana pimpinan KEADILAN dan PH tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan sepanjang usaha membentuk Kerajaan Perpaduan berlangsung sejak keputusan PRU15 dimuktamadkan, saya menyeru supaya semua rakyat Malaysia, terutamanya penyokong dan anggota KEADILAN, PH dan rakan-rakan politik menghormati keperluan mendesak untuk meredakan keadaan," katanya.


Beliau juga menasihatkan agar tiada pihak yang melakukan sebarang perhimpunan merayakan terbentuknya kerajaan PH - BN bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.


Rafizi turut menasihatkan agar berhati-hati dengan kenyataan media yang dikeluarkan oleh tokoh-tokoh politik


Juga berhati-hati dengan sebarang kandungan di media sosial atau pesanan ringkas yang boleh menimbulkan kerisauan atau dijadikan alasan untuk provokasi


"Kita semua perlu bergerak ke hadapan dan belajar bekerjasama untuk membina kembali Malaysia, demi masa depan dan kemakmuran setiap rakyat dari semua kumpulan, kaum, negeri dan latar belakang," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER