top of page

Tubuh JK Parlimen cari jalan selesai isu kakitangan kesihatan awam



Sebuah Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen berkaitan kesihatan awam perlu ditubuhkan bagi menyelesaikan masalah kekurangan petugas kesihatan awam.


Ahli Parlimen Segamat, R Yuneswaran berkata hal itu perlu dilakukan susulan rasa kecewa sekumpulan kakitangan hospital awam sehingga mereka mengancam ingin menganjurkan mogok.


Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN itu berkata, dengan kerumitan sektor kesihatan awam penubuhan jawatankuasa tersebut penting bagi mengelakkan kumpulan itu dijadikan sebagai alat politik sesetengah pihak yang hanya tahu mengkritik, mengherdik dan menunding jari kepada menteri mahupun Ketua Pengarah Kesihatan.

"Kegawatan itu tidak boleh diselesaikan dengan perasaan amarah yang didorong dengan tindak tanduk yang boleh merencatkan apa jua usaha ke arah menambah baik ekosistem sektor kesihatan awam.


"Saya berharap agar pewujudan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (bagi meneliti isu) lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan kesihatan awam dapat disegerakan," katanya.


Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa baru-baru ini mahu kakitangan kesihatan yang berhasrat mengadakan mogok bersemuka dengannya bagi menyelesaikan masalah.


Menurutnya, dengan latar belakang seorang doktor, beliau memahami kekecewaan yang dihadapi golongan itu dan beliau sendiri mempunyai tekad untuk segera menyelesaikannya.


Bagaimanapun ketika mengulas gesaan agar Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyerap semua kakitangan kesihatan - termasuk doktor - yang berkhidmat bukan secara tetap menjadi kakitangan awam, beliau menjelaskan ada kekangan dana serta keterbatasan perjawatan untuk perkara itu direalisasikan, walaupun kementerian ada hasrat melakukannya.


Sementara itu Yuneswaran ketika mengulas pembentukan Jawatankuasa Parlimen berkata, jawatankuasa itu nanti boleh merangkumkan idea, pandangan serta komentar ahli-ahli Dewan Rakyat yang dipilih untuk mencari jalan menyelesaikan isu kakitangan kesihatan awam.


Bagaimanapun, dia berkata jawatankuasa itu tidak perlu diberi kuasa "mandate to execute”.


"Sekurang-kurangnya Jawatankuasa Pilihan Khas dapat memikirkan ‘ubat’ sementara yang boleh meredakan sedikit kesesakan hospital diakibatkan oleh masalah kekurangan petugas," katanya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page