top of page

Tubuh jawatankuasa peringkat tinggi selesai isu doktor kontrak



Kerajaan bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Peringkat Tertinggi bagi menangani isu doktor kontrak.


Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata keputusan itu dibuat pada mesyuarat Kabinet yang diadakan pada Jumaat.


Justeru jawatankuasa yang akan dibentuk kelak akan menggabungkan beberapa kementerian dan agensi serta akan melibatkan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Zuki Ali bagi mencari jalan terbaik menyelesaikan isu diwarisi dari pentadbiran terdahulu.


"KKM sentiasa peka dengan permasalahan serta permintaan yang ditimbulkan dan memastikan bahawa segala permasalahan dan permintaan ini diteliti sesuai dengan isu semasa.


"Ia diberi penyelesaian sewajarnya berdasarkan kepada kemampuan ekonomi negara," katanya.


Dalam kenyataan sama Dr Zaliha turut menegaskan KKM akan dari semasa ke semasa mengambil tindakan atas permintaan anggota kesihatan antaranya mewujudkan perjawatan tetap, memberi penajaan latihan kepakaran atau latihan lanjutan dan kenaikan pangkat secara time-based.


Ia juga termasuk peluang kenaikan ke gred khas dan pengwujudan gred UD56 untuk pakar perubatan selain skim kesihatan lain juga diambil kira dan ditambah baik.


Sementara itu ketika mengulas desas-desus mogok oleh doktor kontrak pada 3 hingga 5 April ini, Zaliha berkata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak mempunyai maklumat lanjut mengenai mogok itu.


Bagaimanapun katanya KKM berpandangan mogok bukan penyelesaian terbaik terhadap permasalahan berkaitan profesyen perubatan atau mana-mana skim profesional yang lain.


"Sebaliknya perkara ini perlu ditimbang dengan teliti kerana perkhidmatan kesihatan merupakan perkhidmatan kritikal, melibatkan nyawa manusia dan kesejahteraan rakyat," katanya dalam kenyataan tersebut.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page