top of page

Tubuh Jawatankuasa Khas siasat tragedi Gunung Jerai, bukan sibuk beretorik


Kerajaan Negeri Kedah atau Kerajaan Persekutuan dinasihatkan untuk segera menubuhkan Jawatankuasa Khas Siasatan tragedi kepala air di Gunung Jerai baru-baru ini, bukannya sibuk 'bersilat lidah' menjawab kritikan rakyat.


Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Kedah, Aizuddin Ariffin berkata, pandangan semua pihak harus diteliti oleh jawatankuasa itu bagi menentukan punca sebenar tragedi tersebut secara berfakta.


"Pelbagai pandangan yang dilihat kontradik antara satu sama lain daripada pimpinan politik, NGO, ahli akademik dan juga jabatan kerajaan mengenai punca berlakunya bencana ini perlu dimuktamadkan.


"Jawapan kepada punca bencana kepala air perlu diselesaikan segera. Hal ini adalah untuk memastikan perkara yang sama tidak berulang bagi menjamin keselamatan penduduk setempat khususnya penduduk Yan dan Kuala Muda juga rakyat negeri Kedah.


"Saya berharap Kerajaan Negeri tidak memandang ringan bagi mencari jawapan kepada punca kejadian. Jawapan yang tidak berlandaskan penilaian emperik dari Kerajaan Negeri hanya akan menimbulkan kemarahan rakyat," katanya.


Menurut Ketua Penerangan AMK Malaysia itu lagi, isu kepala air perlu diselesaikan memandang kawasan Gunung Jerai adalah kawasan pelancongan dan sekiranya hal sama berulang di musim cuti maka angka korban mungkin lebih tinggi.


"Jawapan yang tuntas dan meyakinkan berlandaskan fakta-fakta teknikal adalah sangat- sangat perlu memandangkan kawasan Gunung Jerai tempat tumpuan pelancong .Sektor ini perlu diyakinkan mampu beroperasi dengan selamat bagi memastikan ekonomi domestik terus dapat dijana.


"Oleh itu, saya mencadangkan satu jawatankuasa bebas di peringkat Persekutuan ditubuhkan segera bagi mengeluarkan laporan rasmi mengenai punca kejadian.


"Di dalam laporan siasatan juga, cadangan dari aspek teknikal mengenai 'preventive action' dan penambahbaikan perlu dikeluarkan agar kejadian sama tidak berulang


"Jawatankuasa ini perlulah juga melibatkan NGO- NGO, para aktivis dan perunding bertauliah bagi memastikan ketelusan proses siasatan," katanya lagi.


Tragedi kepala air di Gunung Jerai baru-baru ini meragut 3 nyawa dan 3 lagi dilaporkan cedera apabila kawasan sekitar dilanda banjir kilat selepas hujang lebat di kawasan perbukitan berkenaan.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page