top of page

Tubuh jawatankuasa khas pantau peruntukan RM100 juta MITRA



Peruntukan tahunan kepada Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) perlu dipantau oleh sebuah jawatankuasa khas di bawah Kementerian Perpaduan agar dana tahunan RM100 juta dapat diagihkan secara telus.


Menurut Naib Pengerusi KEADILAN Pulau Pinang, A Kumaresan, dana yang diperuntukkan bagi memperkasakan sosio-ekonomi kaum India itu tidak mencapai sasarannya dan tidak kelihatan kemajuan yang memberansangkan ke atas komuniti berkenaan.


"Kita juga terkejut apabila baru-baru ini Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beberapa Ahli Parlimen bertanya mengenai peruntukan MITRA di Parlimen tentang bagaimana, siapa yang mendapat peruntukan dan jumlah yang telah disalurkan.


"Didapati sejumlah peruntukan telah disalurkan untuk membuat program namun kebanyakan program - program itu tidak membawa 'ad value' dan tidak mencapai kumpulan sasarannya. Kita juga dimaklumkan ada badan-badan NGO yang 'friendly' kepada parti politik Kerajaan telah menerima jumlah peruntukan yang besar.

"Sepatutnya peruntukan ini harus digunakan secara maksimum dan telus untuk membantu meningkatkan kehidupan dan sosioekonomi golongan B40. Namun sebaliknya yang berlaku, hanya syarikat Sdn Bhd dan konsultan yang mendapat manfaat lumayan," katanya dalam satu kenyataan.


Tambah ADUN Batu Uban itu lagi, rakyat turut dikejutkan baru-baru ini dengan berita 16 pengarah syarikat ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia kerana disyaki terlibat dengan penyewelengan geran peruntukan yang dikeluarkan oleh MITRA.


Oleh itu, katanya, Kementerian Perpaduan perlu segera menghentikan semua permohonan baharu atau yang sedang diproses sehingga siasatan SPRM selesai.


Kementerian juga, kata beliau, harus menubuhkan jawatankuasa khas bebas untuk memantau pengagihan peruntukan MITRA tanpa campur tangan daripada mana-mana parti politik.


"Saya berpendapat, MITRA seharusnya memberikan peruntukan ini secara geran untuk membantu usahawan-usahawan kecil India bagi menaikkan perniagaan mereka. Berilah bantuan peralatan dan latihan teknologi supaya potensi perniagaan dapat dipertingkatkan dan membantu menjana pendapatan yang lumayan.


"Peruntukan Mitra juga boleh disalurkan kepada pelajar-pelajar India B40 yang ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara. Kita boleh menaja mereka seperti memberi biasiswa, pemberian bantuan laptop kepada pelajar-pelajar sekolah dan sebagainya.


"RM100 juta ini adalah satu peruntukan yang cukup besar dan ianya harus digunakan dan dimanfaatkan dengan sempurna oleh 8% masyarakat India di Malaysia," katanya lagi.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page