top of page

Tuanku Muhriz gembira N Sembilan berjaya tangani kemiskinan tegar



Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir menzahirkan rasa gembira susulan kejayaan Kerajaan Negeri Sembilan menangani isu kemiskinan tegar di negeri itu.


Baginda bertitah, kerjasama kukuh dalam Kerajaan Perpaduan menunjukkan prestasi yang amat baik melalui beberapa pencapaian cemerlang kerajaan negeri pada tahun lalu.


Kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar (MB) Datuk Seri Aminuddin Harun tegasnya telah memberikan fokus dan penekanan dalam menyediakan persekitaran kehidupan yang selesa dan kondusif kepada rakyat


"Beta gembira apabila Negeri Sembilan telah berjaya mencapai sasaran sifar miskin tegar pada penghujung tahun lalu.


"Beta difahamkan pencapaian ini melibatkan seramai 3,530 ketua isi rumah (KIR) di seluruh Negeri Sembilan. Pencapaian ini adalah amat membanggakan dan perlu dikekalkan bagi memastikan tiada lagi miskin tegar di negeri ini," titah baginda Tuanku Muhriz dipetik.


Sementara itu, berhubung prestasi pengurusan kewangan negeri, baginda bertitah ia amat menggalakkan.


Pentadbiran Kerajaan Negeri menurut baginda berjaya mengutip hasil sebanyak RM541.42 juta berbanding anggaran RM450 juta.


"Prestasi ini juga telah mengubah belanjawan defisit RM108.96 juta kepada surplus RM4.93 juta. Susulan daripada kutipan surplus ini, rizab negeri bagi Akaun Hasil Disatukan kini berada pada tahap yang amat baik iaitu sebanyak RM410.48 juta.


"Pencapaian pelaburan Negeri Sembilan pada tahun 2023 pula mencatatkan pelaburan tertinggi yang pernah direkodkan, iaitu RM10.1 bilion. Jumlah ini berjaya mengatasi sasaran awal dan merupakan pencapaian rekod tertinggi dalam sejarah pentadbiran kerajaan negeri beta, iaitu sebanyak RM8.9 bilion bagi tahun 2022," titah baginda lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page