top of page

Trend penurunan 2 dekad: Harap kelahiran bayi Cina melonjak Tahun Naga



Tahun Naga sempena Tahun Baru Cina kali ini diharap menyaksikan lonjakan kadar kelahiran bayi dari kaum itu yang mengalami penurunan mendadak sejak 25 tahun lalu.


Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin berkata, masyarakat Cina di negara ini disaran agar mencari jalan bagi bersama-sama mengatasi masalah kadar kelahiran yang rendah.


"Trend penurunan itu adalah suatu yang tidak unik bagi Malaysia yang konsisten dengan negara maju dan Asia Tenggara.


"Jadi mengapa kadar kelahiran bayi Cina sangat rendah. Saya percaya (ia disebabkan) beberapa faktor seperti hidup kekal bujang, kahwin lambat, pendapatan berganda tapi tiada anak, anak tunggal dan imigrasi," katanya dalam hantaran di Facebook.


Berdasarkan rekod kadar kelahiran bayi Cina di negara ini melonjak dari 100,000 orang pada 1998 kepada 114,000 pada 2000 iaitu Tahun Naga, tetapi kemudian menurun kepada sekitar lebih 70,000 (2010) sebelum melonjak kepada 85,000 pada 2012 iaitu Tahun Naga.


Kadar kelahiran terus menurun kepada 40,000 pada 2022.


Tahun 2024 merupakan Tahun Naga.


Tze Tzin yang juga Timbalan Pengarah Strategi KEADILAN berkata seramai 40,000 bayi Cina dilahirkan pada 2022 berbanding keseluruhan kelahiran 423,124 di seluruh negara iaitu kurang daripada 10 peratus.


"Pada 2022, kadar keseluruhan kelahiran (TFR) di Malaysia hanya 1.6 bagi seorang wanita. TFR wanita Cina hanya 0.8 manakala wanita Melayu adalah 2.1 berdasarkan kepada Jabatan Perangkaan (DOSM)," katanya.


Justeru itu, kata beliau, masalah trend penurunan kadar kelahiran perlu dibincangkan oleh masyarakat Cina.


"Tidak ada penyelesaian tunggal. Ini adalah usaha semua pihak. Ada pepatah menyatahkan 'perlu orang sekampung untuk besarkan seorang anak'.


"Untuk mengatasi penurunan kadar kelahiran, semua orang perlu main peranan. Jadi mulakan perbincangan sekarang


"Tahun Naga selalunya akan menyaksikan peningkatan bayi Cina. Harap tahun ini akan dapat saksikan lonjakan besar (kelahiran), ayuh," katanya lagi.


Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin pada November lalu dipetik sebagai berkata penduduk Malaysia pada suku tahun ketiga 2023 dianggarkan 33.5 juta, meningkat 1.8 peratus berbanding suku tahun ketiga 2022 (32.9 juta).


Penduduk lelaki meningkat daripada 17.2 juta kepada 17.5 juta manakala perempuan meningkat daripada 15.7 juta kepada 16 juta bagi tempoh yang sama.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page