Selangor mencatat trend menurun jangkitan harian Covid 19 sejak beberapa hari ini yang menunjukkan program vaksinasi dilakukan Kerajaan Persekutuan dan Negeri telah berjaya.
Jumlah rasmi angka jangkitan Covid 19 hari ini turun sekitar 5,814 kes, berbanding semalam 5,920 kes.
Penurunan tersebut juga telah dikesan sejak sekurang-kurangnya 5 hari kebelakangan. Berdasarkan jumlah tertinggi melebihi 7,000 kes pada awal Ogos lalu, jumlah sekitar 5,000 merupakan penurunan yang dijangkakan, memandangkan kira - kira 98% penduduk Selangor telah menjadapat vaksin satu dos dan lebih 50% telah lengkap dua dos.
Sebaliknya negeri-negeri yang masih kurang pemberian vaksin mencatatkan kes yang tinggi. Misalnya Sabah 2,834 kes dan Sarawak 2,427 kes.
Lima negeri dan wilayah kekal mencatat jangkitan empat angka iaitu Kedah (2,162), Pulau Pinang (1,920), Johor (1,896), Kelantan (1,289) dan Kuala Lumpur (1,111).
Manakala jangkitan di Perak meningkat kepada 1,061 berbanding 939 kes semalam.
コメント