top of page

Trend kelahiran Cina menurun: Cari kaedah atasi masalah populasi - Sim



Oleh: Abdullah Zaid


Jumlah populasi masyarakat Cina yang semakin menurun agak membimbangkan.

Bagi Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin masyarakat Tionghua di Malaysia perlu memperhalusi perkara itu bagi mengatasi masalah tersebut.


Katanya, merujuk statistik Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), sejak 2021 kadar kelahiran etnik Tionghua menurun dengan tempoh 2020 mencatat kedar kelahiran lebih tinggi daripada kematian.


"Pada 2020, kadar kelahiran kasar Cina adalah 7.4 dan kadar kematian kasar adalah 6.7. Tahun 2020 adalah tempoh terakhir di mana kadar kelahiran lebih tinggi daripada kadar kematian.


"Manakala, tahun 2021 dan 2022, kadar kelahiran kasar masyarakat Cina adalah 6.4 dan 5.9 dengan kadar kematian kasar pula 8.1 dan 7.8.


"Ia sekaligus menunjukkan kadar kematian lebih tinggi daripada kadar kelahiran," katanya dalam satu hantaran di Facebook.


Jelas Timbalan Pengarah Strategi KEADILAN Malaysia itu, sekiranya trend perkahwinan dan kelahiran masyarakat Cina terus berkurangan dibimbangi ianya akan memberi kesan kepada jumlah populasi etnik kedua terbesar tersebut.


Oleh itu, Tze Tzin menyeru masyarakat Cina membincangkan langkah yang sesuai bagi meningkat populasi selain mencadang trend perkahwinan terus dipertingkatkan untuk meningkat kadar kelahiran.


"Penurunan populasi masyarakat Cina baru sahaja berlaku, justeru ia masih boleh diperbetulkan.


"Oleh itu, saya akan membincangkan dengan lebih lanjut langkah-langkah sesuai pada masa terdekat," ujarnya lagi.


Sebelum ini, Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin pada November lalu dipetik sebagai berkata penduduk Malaysia pada suku tahun ketiga 2023 dianggarkan 33.5 juta, meningkat 1.8 peratus berbanding suku tahun ketiga 2022 (32.9 juta).


Penduduk lelaki meningkat daripada 17.2 juta kepada 17.5 juta manakala perempuan meningkat daripada 15.7 juta kepada 16 juta bagi tempoh yang sama.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page