top of page

Transformasi digital KKM, satu individu satu rekod kesihatan



Transformasi kesihatan digital secara menyeluruh akan memastikan setiap individu hanya mempunyai satu rekod di fasiliti kesihatan kerajaan mahupun swasta.


Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, langkah pelaksanaan satu individu untuk satu rekod bakal mempertingkatkan lagi kecekapan fasiliti kesihatan di semua peringkat.


"Inillah dia apa yang akan terhasil, empat hingga lima tahun lagi kita memperkasakan ekosistem penjagaan kesihatan Malaysia.


"Dengan memperkasakan rekod perubatan elektronik (EMR) atau LHR (rekod kesihatan sepanjang hayat)... kita dapat saksikan seluruh negara akan dihubungkan," katanya dipetik.


Dr Dzulkefly berkata begitu ketika menyampaikan amanat tahun baharu kepada warga Kementerian Kesihatan (KKM) di Putrajaya pada Jumaat.


Beliau sementara itu berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sesi Pemukiman Jemaah Menteri 2024 sebelum ini menekankan supaya KKM menyegerakan pelaksanaan setiap dasar dirancangkan.


"Fokusnya adalah pelaksanaan dan dengan itu, saya ambil semangat dan jadikan ia kata kunci teras amanat kali ini. Saya harapkan fokus dari pimpinan atasan, pemimpin pertengahan, peringkat negeri dan di seluruh negara," katanya.


Dzulkefly sementara itu berkata, bahagian kesihatan digital di KKM bakal ditubuhkan dalam usaha melancarkan lagi usaha transformasi kesihatan digital ketika ini.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page