top of page

Tranformasi Ekonomi Bumiputera janjikan penguasaan ekonomi Melayu



Penguasaan ekonomi orang Melayu yang dipropagandakan pembangkang PN berada dalam keadaan mencemaskan dan mengancam survival kaum itu bakal dijawab dalam Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 (KEB2024).


Bagi Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang merasmikan KEB 2024 pagi tadi, TEB yang ditawarkan kerajaan kali ini bakal melanjutkan Dasar Ekonomi Baharu yang gagal untuk mencapai ekuiti 30% orang Melayu sejak diwujudkan pada 1970an lalu.


"KEB kali ini kita akan melaksanakan Transformasi Ekonomi Bumputera atau TEB sebagai satu dasar untuk mengorak langkah ke hadapan.


"TEB ini saya gariskan 3 matlamat utama yang perlu kita capai. Pertama keadilan sosio ekonomi, kedua kemampanan negara bangsa, ketiga kemakmuran negara serta kesejahteraan rakyat.


"Ketiga tiga matlamat utama ini adalah memastikan dasar dan pelaksanaan agenda Bumiputera dapat dilaksanakan. Ekonomi negara bukan sahaja menjamin penglibatan dan hak Bumiputera tetapi pada masa sama memastikan wujudnya kesalingan atau sinergi dengan bukan Bumiputera


"Mahu atau tidak, suka atau tidak kesalingan antara kaum amat penting dalam memugar ekonomi negara, bertitik tolak pada hasrat DEB yang tidak mahu lagi aktiviti ekonomi dikaitkan dengan kaum. Hari ini tembok itu telah berjaya diruntuhkan


"Kaum Bumiputera tidak lagi sinonim dengan usaha tani. Cina tidak lagi mendominasi gelaran saudagar. Begitu juga kaum India tidak lagi berlegar di perladangan," katanya.


Menurut Zahid, KEB yang digagaskan melalui resolusi Perhimpunan Agung UMNO sejak kali pertama bersidang pada 1995, ketika ini menukar sedikit format dengan membenarkan kaum bukan Melayu menyertainya bagi merangka dasar ekonomi yang lebih membantu Melayu secara realistik melibatkan kaum lain yang mendominasi ekonomi.


"Transformasi Ekonomi Bumiputera merupakan satu dasar baharu yang progresif bertujuan merapatkan jurang ekonomi di kalangan rakyat


"Melalui transformasi ini kita mahu memastikan pemilikan, penyertaaan dan penguasaan 3P ini menjadi teras baharu sektor ekuiti


"Bumiputera dalam sektor ekonomi dapat diperkasakan dengan beberapa langkah. Dalam aspek pendidikan, kini masanya untuk kita memecahkan belenggu pemikiran Bumiputera bahawa bidang kemahiran bukanlah pilihan kedua tetapi sebaliknya pilihan utama industri," katanya.


Menurut Menteri Luar Bandar itu lagi, kaum Melayu perlu memperkasakan modal insan dalam bidang kemahiran, juga penting mempersiapkan Bumiputera sebagai tenaga kerja yang kompeten untuk bersaing di pasaran buruh.


"Usaha ini diyakni mempertingkatkan pekerja mahir Bumiputera yang ketika ini pada tahap 29.1% berbanding kaum lain


"Dalam soal pemilikan pula Bumiputera masih belum mencapai tahap memuaskan dalam kalangan syarikat korporat tersenarai di Bursa Malaysia. Ini berpunca mungkin terbataskan akses kepada pembiayaan dan pendanaan bagi memula atau memperluaskan perniagaan.


"Kita harap inisiatif melalui dasar afirmatif sedia ada perlu diperkemaskan agar tahap penyertaan, pemilikan dan penguasaan Bumiputera dapat dipertingkatkan. Dengan tranformasi ini kita akan terus mastikan peranan agensi amanah bumi seperti PNB, MARA, PUMB, PNS, TH dan pelbagai yang lain akan terkehadapan dalam sektor ekonomi


"Dengan kongres ini memberi fokus dan inisiatif sedia ada maka transformasi diyakini akan membuka jalan yang lebih luas bagi setiap lapisan masyarakat," katanya lagi.


TEB mempunyai 3 matlamat, 6 tekad, 3 ikhtiar meliputi Perbadanan Tanah Bumiputera, Wakaf Pendidikan, Kesihatan dan Perindustrian Berskala Ekonomi.


KEB selama dua hari akan membincangkan kesemua syor oleh sebarisan pakar ekonomi yang akan diserahkan kepada kementerian berkaitan bagi memperbaiki ekonomi kaum Melayu pada era Kerajaan Perpaduan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page