top of page

Tragedi mengorbankan anggota FRU beri kesan mendalam kepada rakyat

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
May 13, 2025
1 min read

Lori bawa batu bertembung trak FRU mengorbankan 9 nyawa. Foto ihsan Jabatan Bomba Negeri Perak
Lori bawa batu bertembung trak FRU mengorbankan 9 nyawa. Foto ihsan Jabatan Bomba Negeri Perak

Trgaedi sembilan anggota Pasukan Simpanan Polis Persekutuan (FRU) terkorban apabila trak dinaiki mereka bertembung sebuah lori mambawa batu di Jalan Chikus, Sungai Lampan, Teluk Intan, pagi tadi beri kesan mendalam kepada rakyat Malaysia.


Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata, pemergian sembilan anggota FRU dalam nahas tersebut merupakan satu kehilangan besar, bukan sahaja kepada keluarga dan rakan seperjuangan, tetapi juga kepada negara yang amat menghargai jasa dan pengorbanan mereka.


"Anggota FRU adalah wira negara yang sentiasa bersedia berada di barisan hadapan demi menjamin keselamatan dan ketenteraman awam.


"Tragedi ini amat menyentuh hati dan memberi kesan mendalam kepada seluruh rakyat Malaysia.


"Saya mendoakan agar roh mangsa yang terkorban dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan para solihin," katanya dalam muat naik di Facebook.


Beliau berharap keluarga mangsa diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi saat-saat sukar ini.


"Sama-sama juga kita berdoa agar kesemua anggota yang cedera dalam kejadian ini diberikan kesembuhan segera dan dipermudahkan segala urusan rawatan mereka.


"Kementerian Komunikasi bersedia memberi kerjasama kepada pihak berkuasa dan media dalam menyampaikan maklumat sahih, serta menyekat penyebaran berita palsu berhubung insiden ini demi menjaga sensitiviti keluarga mangsa dan menghormati proses siasatan yang sedang dijalankan," katanya lagi.


Polis mengesahkan sembilan anggota FRU meninggal dunia dalam nahas di KM15, Jalan Sungai Manik–Sungai Lampam.


Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Dr Bakri Zainal Abidin berkata, seorang anggota meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Teluk Intan, manakala lapan lagi maut di lokasi kejadian.


Difahamkan dalam pagi Selasa, kenderaan FRU terbabit dalam perjalanan pulang ke Ipoh selepas selesai melaksanakan tugas di bawah Op Chariot di Teluk Intan.

1 Comment


PaigeNolan
Oct 16

https://bewerben-boe-technik.de came to mind reading this, not because the subject is similar but because both involve people quietly doing their jobs with real risk attached. The detail that the FRU team was heading back to Ipoh after finishing Op Chariot got to me, since it means they were basically on the way home when it happened. Nine lives lost on a routine return trip is a sobering reminder of how thin the line is between duty and danger.

Like

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page