top of page

Tragedi Lahad Datu: Menteri KDN bantu anak anggota polis terkorban



Menteri Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memberi jaminan akan membela nasib anak-anak seorang anggota polis yang terkorban dalam tragedi berdarah di Lahad Datu sedekad lalu.


Beliau yang juga Setiusaha Agong KEADILAN memberi jaminan itu dalam satu sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan kementerian itu semalam.


Jelasnya, beliau telah mengadakan pertemuan bersama balu Allahyarham Asisten Superintendan Zulkifli Mamat dan anak-anaknya baru-baru ini bagi mendengar keluhan mereka dan berbincang mengenai bantuan yang boleh disalurkan.


"Saya bercakap sendiri dengan isterinya (balu Allahyarham), saya tidak mahu komen apa yang dilaporkan oleh media, saya jumpa dengan anak-anaknya.


"Pada momen itu juga kita telah minta ibu berkenaan memberikan semua dokumen tentang anak-anaknya. Saya sendiri akan maklumkan kepada Pengerusi Mara (Datuk Asyraf Wajdi Dusuki).


"Sebenarnya dalam bilik itu (ketika pertemuan) Yang Di-Pertuan Agong (Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah) pun ada. Ibu berkenaan minta diberikan dokumen kepada Setiausaha ke Bawah Duli Tuanku," katanya.


Media sebelum ini melaporkan Nooraziah Noor yang merupakan balu Allahyarham menagih sokongan pendidikan peringkat sekolah rendah hingga ke pengajian tinggi yang dijanjikan kerajaan dari sebelum ini kepada tiga anaknya.


"Hal yang dibangkitkan ialah dahulunya ada janji (jaminan pelajaran) sehingga baru-baru ini pihak polis mendatangkan keluarga itu sempena sambutan Hari Polis.


"Saya terus bagi komitmen bahawa kita akan memudahkan segera, sesuai dengan kelayakan anak-anaknya untuk mendapat peluang pendidikan terbaik," ujarnya.


Isnin lalu, tiga anak Allahyarham iaitu Noorakmal Amiruddin Zulkifli, 15; Noor Muhammad Aqil, 11 dan Noor Aqib Syahid, 10 mencuri tumpuan tetamu yang hadir pada Istiadat Perbarisan Peringatan Hari Polis Ke-216 di Pusat Latihan Polis (Pulapol) ketika berlakon bersama lebih 80 anggota polis lain dalam pantomim tragedi Kampung Tanduo.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page