top of page

Tragedi dua helikopter: PM rakam takziah, kehilangan besar buat negara

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Apr 23, 2024
  • 1 min read

ree

Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan takziah kepada mangsa tragedi korban nahas dua helikopter di Pangkalan TLDM Lumut hari ini.


Menerusi catatan di Facebooknya, PM menyifatkan insiden itu sebagai menyayat hati dan meruntum jiwa selain mendoakan agar semua keluarga mangsa yang terkorban diberi kekuatan dalam menghadapi musibah tersebut.


"Tragedi ini ternyata memberi kesan yang mendalam kepada keluarga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan kehilangan besar buat negara.


"Saya dimaklumkan satu siasatan segera akan dijalankan Kementerian Pertahanan khususnya TLDM untuk mencari punca nahas.


"Mendoakan semoga roh semua yang terkorban dicucuri rahmat dan diampunkan segala dosa mereka. Semoga Tuhan mengasihi mereka dan memberi tempat dan kedudukan yang istimewa di-Sisinya, Al-Fatihah," katanya.


Terdahulu, TLDM dalam satu kenyataan memaklumkan seramai 10 kru berada dalam dua helikopter yang bertembung di Lumut, Perak pagi tadi disahkan terkorban.


Jelasnya, tragedi itu berlaku semasa raptai Perbarisan Hari TLDM ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut pada jam 9.32 pagi tadi melibatkan sebuah Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) TLDM dan sebuah helikopter FENNEC TLDM.


Insiden berkenaan melibatkan tujuh kru HOM TLDM dan tiga kru Fennec TLDM.

Sementara itu, TLDM turut menubuhkan sebuah lembaga siasatan khas bagi membuat siasatan


mengenal pasti punca dua helikopter yang terhempas itu.


*Foto kredit: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page