top of page

Tragedi di Gaza bukti dunia hilang hati nurani - PM Anwar

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 3 days ago
  • 2 min read

PM Anwar memberi syarahan di Universiti Sorbonne, Paris semalam. Foto Albarra Azfar
PM Anwar memberi syarahan di Universiti Sorbonne, Paris semalam. Foto Albarra Azfar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menzahirkan rasa kecewanya terhadap situasi tragis yang berlarutan di Gaza.


Berucap dalam syarahan bertajuk “Southeast Asia and Europe: Recalibrating the Terms of Engagement” di Universiti Sorbonne, Paris pada Jumaat, Anwar berkata kemusnahan sekolah, keruntuhan hospital serta lenyapnya seluruh keluarga merupakan cerminan kegagalan masyarakat antarabangsa untuk mengiktiraf nilai perkongsian kemanusiaan.


"Apabila kita gagal mengiktiraf kemanusiaan pada orang lain, kita berisiko kehilangan kemanusiaan dalam diri kita sendiri," katanya dipetik.


Perdana Menteri membidas komuniti global yang dilihat terlalu lemah untuk menghentikan keganasan sistematik ke atas rakyat Gaza, meskipun sering melaungkan hak asasi manusia, demokrasi dan perlindungan nyawa.


Beliau menegaskan bahawa angka korban bukan sekadar statistik semata-mata kerana setiap satunya mewakili kisah seorang manusia — seorang ibu, anak, bapa — yang sepatutnya membangkitkan bukan sahaja simpati tetapi tindakan kolektif demi menamatkan penderitaan ini.


"Tiada cara lain, menjadi tanggungjawab para pemimpin dunia untuk bersuara dengan moral yang lebih tegas dan jelas mengenai isu ini, serta bertindak dengan azam yang lebih kukuh untuk menamatkan kacau-bilau dan pembunuhan ini," tambahnya.

Sambil mengalu-alukan keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang memihak Palestin dalam isu Gaza, Anwar bagaimanapun kesal kerana keputusan itu dilayan dengan “penuh penghinaan dan rasa kebal daripada hukuman” oleh pihak yang melakukan jenayah tersebut.


"Ya, kita melihat sinar harapan daripada usaha dan tindakan pelajar serta ahli akademik di kolej dan universiti serta pertubuhan masyarakat madani di seluruh dunia. Dalam kecaman mereka terhadap genosid ini dan seruan mereka untuk menamatkan keganasan kejam ini, kita menemukan harapan dan kelegaan, tetapi kita memerlukan lebih daripada itu.


"Kita perlu terus menyeru kepada solidariti global, sokongan dan usaha tanpa henti untuk menegakkan keadilan," katanya.


Anwar berada di Perancis sempena lawatan rasminya selama dua hari ke negara berkenaan.


Pada Jumaat perdana menteri berkesempatan mengadakan sesi ramah mesra bersama komuniti Islam di republik itu yang diketuai Rektor Masjid Besar Paris, Chems-eddine Mohamed Hafiz.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page