top of page

TPM 2 untuk Malaysia Timur: Pemangkin pembangunan, pelaksanaan MA63 - Razeef




Tawaran Pakatan Harapan (PH) untuk melantik Timbalan Perdana Menteri Kedua (TPM2) bagi Sabah dan Sarawak seharusnya dilihat dari sudut yang positif.


Menurut Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN Pusat, Razeef Rakimin, kritikan Ketua Penerangan Warisan, Datuk Azis Jamman sebelum ini kononnya jawatan tersebut seolah olah memperkecilkan rakyat Malaysia Timur sangatlah tidak tepat.


Katanya, pemimpin PH tidak pernah memperkecilkan rakyat Sabah atau Sarawak dan menolak calon Perdana Menteri (PM) dari sana, namun TPM 2 adalah langkah awal ke arah itu.


Lebih daripada itu, katanya, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dapat dilaksanakan sepenuhnya melalui pindaan Perlembagaan adalah ada inisiatif PH yang menandatangani Memorandum Kerjasama (MoU) dengan Kerajaan Persekutuan. Tanpa MoU itu mustahil Perlembagaan boleh dipinda.


"Saya yakin jika PH diberikan amanah oleh rakyat sekali lagi, kita mampu melaksanakan apa yang termaktub dalam MA63 seperti yang PH sentiasa perjuangkan.


"Adakah fikiran Azis begitu cetek sehingga memikirkan PH hanya menawarkan jawatan TPM tapi tidak isu-isu lain termasuk pelaksanaan MA63?" tanyanya dalam satu kenyataan.


Sebaliknya, kata Razeef, dengan retorik Warisan untuk mencalonkan PM dari Malaysia Timur tetapi parti berkenaan bertindak bertentangan dan enggan terlibat dalam koalisi peringkat nasional adakah hal tersebut boleh dilakukan.


Razeef tertanya tanya adakah dengan perjuangan Warisan yang tertumpu di Sabah mereka mampu menobatkan seorang PM dari Malaysia Timur.


"Saya yakin rakyat lebih bijak untuk memilih PH atas prestasi yang lebih baik walau hanya mentadbir selama 22 bulan.


"Memilih Warisan tidak mampu mengubah apa-apa walau Warisan menang kesemua 26 kerusi (parlimen) di Sabah malah Warisan hanya merancang untuk menjadi king maker pada pilihan raya kali ini.


"Ini bermakna Warisan tidak ada beza dengan Pas yang bersedia “melacurkan” diri selepas pilihan raya umum," katanya.


Tambah beliau, taktik pembodohan Warisan sudah tidak terpakai kepada rakyat Sabah yang lebih bijak menilai bahawa PH mampu merealisasikan MA63 berbanding Warisan, walaupun Warisan sedang cuba mengemis undi di Semenanjung yang sebelum ini mereka gelar “Malaya”.

0 comments

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page