top of page

TPM 2 dari Borneo dialu alukan, atasi masalah kurang pembangunan - AMANAH Sabah



Tawaran Pakatan Harapan (PH) untuk melantik Timbalan Perdana Menteri Kedua (TPM 2) dari Malaysia Timur disambut baik oleh AMANAH Sabah.


Menurut Pengerusi AMANAH Sabah, Lahirul Latigu, TPM dari Borneo itu bakal memudahkan perancangan dan pengagihan peruntukan pembangunan yang menjadi masalah besar sejak Sabah dan Sarawak menyertai Persekutuan Malaysia pada 1963.


"AMANAH Sabah menyambut baik pengumuman Pengerusi PH untuk melantik TPM 2 dari Borneo atau Sabah dan Sarawak.


"Kenyataan ini memberikan harapan kepada kami Sabah dan Sarawak akan mendapat perhatian besar daripada Kerajaan Persekutuan apabila PH membentuk kerajaan selepas PRU-15 ini.


"Dengan jawatan sebagai TPM itu, kami yakin sesiapa yang dipilih akan mempunyai kuasa lebih besar berbanding setakat Menteri Kanan sebagaimana yang diamalkan oleh Kerajaan Perikatan Nasional dan dicadangkan oleh Barisan Nasional," katanya.


Pada masa sama, kata Lahirul, AMANAH Sabah turut menolak tohmahan Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man kononnya jawatan TPM 2 adalah suatu pembaziran.


"Berkenaan tuduhan Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man yang menyifatkan jawatan itu sebagai 'menambah kos bagi kerajaan' adalah tidak tepat sama sekali. Ini kerana jawatan ini bersekali dengan pengurangan bilangan menteri dan TPM akan memegang salah satu portfolio yang ada dalam kabinet dan bukan menambahkan bilangan menteri.


"Malah Tuan Ibrahim seharusnya sedar tawaran TPM itu pernah disokong pimpinan PAS ketika mereka bersama Pakatan Rakyat.


"Sekiranya pimpinan PAS menentang pembaziran maka timbul satu pertanyaan, mengapakah mereka bersetuju dengan saiz kabinet Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dianggap paling besar dalam sejarah pada 2020, juga saiz sama apabila PM Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengambil alih kerajaan?


"Pemimpin PAS seharusnya menunjuk teladan yang baik dengan menolak lantikan ke jawatan kabinet yang mempunyai Menteri dan Timbalan Menteri sehingga 70 orang sekiranya hal itu membazir serta bertentangan dengan tadbir urus yang baik," katanya lagi.


Tawaran TPM 2 dibangkitkan oleh Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam siri ceramah beliau di Sabah baru baru ini.


Katanya, PH akan meneruskan polisi Pakatan Rakyat terdahulu yang menjanjikan TPM 2 bagi Borneo.



0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page