'Tolak yang melompat sahaja, bukan semua ahli politik buruk'



Lukisan gambaran Parlimen Malaysia yang mana tempat duduk wakil rakyatnya diisi watak haiwan seperti monyet dan katak tidak salah untuk dilukis oleh seniman namun pihak berkuasa perlu berhati hati terhadapnya, dikhuatiri memberi isyarat yang salah kepada rakyat.


Hal itu ditegaskan oleh kartunis politik tanah air, Zulkiflee SM Anwar Haque atau lebih dikenali sebagai Zunar dalam kenyatannya hari ini.


"Apakah rakyat mahu diberitahu bahawa semua ahli politik itu buruk?


"Nanti kita akan menghadapi pilihan raya, apakah rakyat akan diberitahu bahawa jangan mengundi kerana semua ahli politik tidak bermoral?" tanya Zunar.

Lukisan dipaparkan FB Pejabat Diraja Selangor

Bagi beliau hanya ahli politik katak yang meruntuhkan kerajaan sahaja perlu dikecam dan bukannya semua ahli politik yang ikhlas membela rakyat.


Jika kecaman ditujukan kepada semua politikus, kata beliau, maka siapakah yang akan diundi rakyat dalam pilihan raya.


"Nanti kita akan menghadapi pilihan raya, apakah rakyat akan diberitahu jangan mengundi kerana semua ahli politik tidak bermoral?


"Sepatutnya yang diberitahu kepada rakyat ialah bukan semua ahli politik itu tidak baik. Tolak yang rasuah, yang melompat, yang mengkhianati rakyat dan yang ponteng Palimen. Ahli politik yang bagus masih ada. Pilihlah mereka," kata Zunar lagi.


Komentar Zunar itu terkait isu sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan membeli lukisan yang menggambarkan Parlimen Malaysia diisi watak haiwan dan disiarkan dalam media sosial Pejabat Diraja Selangor semalam.


Isu itu mendapat komen yang pelbagai daripada warga maya.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER