top of page

Tolak usul tahanan tanpa bicara Sosma bukti Pembangkang bela rakyat



Gagalnya kerajaan BN meluluskan usul penyambungan pemakaian Seksyen 4(5) Sosma untuk 5 tahun ke hadapan membuktikan Pembangkang berjuang membela rakyat di Parlimen.


Menurut Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim usaha rakan rakan di Dewan Rakyat akan dihargai rakyat yang cintakan kebenaran.


"Saya ikuti perjalanan sidang Dewan Rakyat khususnya terkait usul yang dibawa Menteri Dalam Negeri berhubung Akta Sosma walaupun masih dalam tempoh kuarantin.


"Penghargaan saya buat seluruh saf Pembangkang kerana telah menyatakan pendirian yang teguh dan utuh, serta berjaya menolak usul tersebut," katanya.


Ahli Parlimen Port Dickson itu bagaimanapun menolak ungkapan Ahli Parlimen Umno yang mempersoalkan Pembangkang tidak lagi berminat untuk meneruskan memorandum kerjasama (MoU) kerana menolak untuk meluluskan usul kerajaan.


"Seperti yang dijelaskan beberapa rakan Ahli Parlimen, usul ini bukan sebahagian dari MoU di antara Kerajaan dan Pakatan Harapan, dan penolakannya tidak mendatangkan kesan sama sekali kepada perjalanan MoU tersebut," katanya.


Selain itu, Anwar juga mengharapkan tujuan utama MoU akan tercapai pada bulan hadapan apabila Akta Anti Lompat Parti akan diluluskan secara bi-partisan.


"Saya juga mengambil maklum pertemuan pimpinan Pakatan Harapan bersama Perdana Menteri siang tadi, dan komitmen beliau untuk membentang Rang Undang-Undang Anti Lompat Parti dalam satu sidang khas Parlimen pada April.


"Semoga segala usaha kita dipermudah demi rakyat Malaysia," katanya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page