Bangsa Johor diseru agar mengutamakan masa hadapan dengan menolak calon calon BN yang mengejar kuasa dan kedudukan atau calon PN, parti yang mempunyai sejarah khianat mandat rakyat pada 12 Mac ini.
Seruan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Johor, Syed Ibrahim Syed Noh itu ke udara sejak malam tadi.
"Semua pengundi di Johor esok keluar awal mengundi. Undi dengan tenang. Dengan hati yang cekal untuk berani memilih yang mengangkat suara rakyat Johor yang tidak akan khianat mandat rakyat
"Kita juga tolak calon terima rasuah dan suka hanya kuasa dan kedudukan semata mata. Calon yang angkat suara rakyat yang tidak khianat mandat rakyat adalah calon dari Pakatan Harapan dan KEADILAN.
"Calon lain kita tolak ke tepi sebab apa? Sebab pentingkan kuasa dan kedudukan. Mereka adalah calon BN dan PN. Jangan undi mereka. Pastikan kita keluar esok, tahu saluran dan pangkah calon dari KEADILAN dan PH," katanya kepada Suara Keadilan.
Tegas Syed Ibrahim, KEADILAN tetap akan bersama rakyat biar apa pun keputusan pilihan raya.
"InshaAllah bila keputusan keluar. Kita menang atau kalah akan tetap berjuang untuk membela nasib rakyat kita
"Johor boleh bangkit dan Johor akan terus membawa suara rakyatnya," katanya lagi.
Comments