top of page

Tolak sidang Parlimen: Jangan rencat demokrasi dengan alasan tempang - KEADILAN



Dalih Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Takiyuddin Hassan bahawa tiada keperluan mengadakan sidang Parlimen ketika negara diletakkan dalam perintah darurat adalah lemah dan tidak boleh diterima.


Menurut Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Datuk Seri Iskandar Monh Akin, alasan tersebut jelas tidak menghormati titah Yang di-Pertuan Agong yang inginkan sidang dijalankan segera.


"Kenyataan ini jelas bercanggah dengan titah Yang di-Pertuan Agong yang telah menzahirkan pandangan Parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat berkuatkuasa pada suatu tarikh yang difikirkan sesuai oleh Seri Paduka Baginda.


"Demokrasi berparlimen seharusnya diraikan dan bukan direncatkan dengan alasan tempang," katanya dalam satu kenyataan.


Bagi Ketua Penerangan KEADILAN itu, dalih kononnya majoriti Ahli Parlimen adalah warga emas dan mudah dijangkiti Covid 19 pula kelihatan mengarut kerana sepanjang sidang pada 2020 lalu tiada seorang pun yang telah dijangkiti di Parlimen.


"Beralasan mengambil kira faktor kesihatan dan terdapat ramai Ahli Parlimen berusia emas pula adalah alasan dangkal yang mencacatkan demokrasi.


"Wakil-wakil rakyat merupakan kumpulan pertama penerima Vaksin Covid-19. Sehubungan itu kebimbangan berkait penularan wabak Covid-19 adalah tidak relevan.


"Kerajaan seharusnya membenarkan demokrasi berfungsi selaras dengan titah baginda Yang di-Pertuan Agong," katanya lagi.


Justeru itu, Shamsul menggesa kerajaan segera memanggil sidang Parlimen bagi membolehkan Ahli-ahli Parlimen mengambil bahagian dalam usaha memerangi wabak Covid-19.



0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page