top of page

Tolak politik sempit, rosakkan keharmonian masyarakat - AMK Kepong

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Sep 25
  • 1 min read

ree

Oleh: Akmal Manaf


Politik seharusnya menjadi medan memajukan negara dan memperkukuh perpaduan, bukannya alat yang memecah-belahkan rakyat mengikut garis kaum atau agama.


Demikian tegas Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Kepong, Muhammad Zahid Hassan (gambar) yang memandang serius tindakan mana-mana pihak yang cuba meniup sentimen perkauman demi kepentingan politik sempit.


Beliau menegaskan, tindakan sebegitu bukan sahaja merosakkan keharmonian masyarakat, malah mencemarkan nilai demokrasi dan kematangan politik negara.


"AMK Kepong menyeru semua pemimpin, tanpa mengira latar belakang parti, supaya mengamalkan politik berasaskan idea dan dasar yang membawa manfaat kepada rakyat keseluruhan.


"Kami yakin bahawa hanya melalui perpaduan dan saling menghormati, Malaysia mampu terus maju sebagai sebuah negara yang aman dan progresif," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.


Menurut Muhammad Zahid lagi, pihaknya komited untuk terus memperjuangkan politik yang matang, inklusif, dan berteraskan keharmonian kaum.


Katanya, masa depan negara terletak pada kesediaan pemimpin menolak politik sempit dan memilih jalan yang menyatukan rakyat.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page