top of page

Tolak penggantungan Parlimen Tunisia, pulihkan segera demokrasi


Negara Afrika Utara, Tunisia seharusnya meneruskan pemulihan demokrasi dan tidak kembali ke era pemerintahan diktator lewat tindakan presidennya menggantung Parlimen dan memecat Perdana Menteri, Ahad lalu.


Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, krisis politik yang berlaku di negara yang pernah terjadi pertumpahan darah akibat pergolakan politik itu membimbangkan masyarakat antarabangsa jika tidak diselesaikan segera.


"Tindakan ini memadamkan pertanggungjawaban, merosakkan kepercayaan antara rakyat dan pemerintah, dan merupakan serangan terhadap demokrasi Tunisia.


"Tidak ada contoh negara demokratik yang meningkatkan pengendalian pandemik Covid-19 dengan menangguhkan demokrasi. Namun, ada cukup contoh untuk membuktikan bahawa kurang demokrasi adalah resipi bencana dalam menangani Covid-19.


"Ahli Parlimen yang dipilih adalah wakil dan suara rakyat. Parlimen adalah institusi yang membela pertanggungjawaban dan menentang kebangkitan semula perintah diktator yang lama.


"Menyapu (kerajaan yang ada) dengan alasan apa pun, berisiko membatalkan kemajuan selama satu dekad dan seterusnya boleh menjejaskan keberkesanan tindak balas menangani pandemik," kataya dalam kenyataan pagi tadi


Menurut Ahli Parlimen Port Dickson itu lagi, harapan rakyat untuk melihat Tunisia bergerak ke arah demokrasi yang matang dan berkesan tidak harus disia-siakan selepas sedekad perubahan.


Katanya, rakyat perlu mendapatkan pembelaan yang selayaknya oleh kerajaan dalam menangani Covid 19, bukan beralih kepada sistem pemerintahan diktator.


"Keprihatinan saya bersama rakyat Tunisia. Selama lebih dari satu dekad mereka dengan sabar dan berani bekerja untuk membangun masyarakat adil dan saksama setelah puluhan tahun kediktatoran yang menindas.


"Hari ini mereka berhadapan dengan situasi Covid-19 yang semakin buruk, yang belum dapat ditangani secara berkesan oleh pemerintah.


"Parlimen adalah tempat untuk mencabar prestasi kerajaan. Itulah sebabnya saya menyokong desakan mereka yang meminta segera dipulihkan Parlimen dan kedaulatan undang-undang di Tunisia," katanya lagi.


Ahad lalu, Presiden Tunisia, Kais Saied menyingkirkan Perdana Menteri, Hichem Mechichi ketika krisis pandemik Covid 19 yang menyaksikan Tunisia terpaksa merayu bantuan jiran-jirannya seperti United Arab Emirates, Arab Saudi, Mesir dan Libya bagi menangani situasi pandemik.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page