top of page

Tolak MoU: PN terlepas peluang ketika rakyat ingin penyelesaian politik



Keputusan Perikatan Nasional (PN) menolak draf Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditawarkan oleh Kerajaan Persekutuan merupakan satu peluang yang terlepas ketika polarisasi politik dan kerumitan berterusan dalam mencapai persetujuan dua hala di negara ini.


Ahli Parlimen Bukit Bendera, Syerleena Abdul Rashid berkata, PN mungkin mempertaruhkan strategi untuk mengekalkan sokongan pengikutnya sekali gus menunjukkan bahawa mereka tidak akan berkompromi dengan sesuatu yang tidak selari dengan agenda mereka.

"Penolakan pantas ini menyampaikan mesej yang jelas, perpecahan politik lebih mendalam daripada yang dijangkakan.


"Ini adalah satu peluang yang terlepas (missed opportunity). Pada saat rakyat Malaysia inginkan penyelesaian dan kemajuan, pergelutan politik nampaknya menjadi tumpuan utama," katanya dalam satu kenyataan.


Syerleena berkata, kerajaan Madani yang dipimpin oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan MoU itu sebagai tawaran damai, satu usaha untuk mewujudkan kestabilan politik dan memupuk kerjasama merentas parti dengan tujuan menyatukan negara di tengah-tengah cabaran ekonomi dan sosial.


"Apa sebenarnya isu di sini? Pertama sekali, pendirian PN menunjukkan keraguan mendalam terhadap pendekatan kerajaan Madani, sama ada disebabkan oleh perbezaan ideologi, keutamaan dasar atau strategi politik menjelang pilihanraya akan datang


"Malaysia memerlukan pemimpin yang bersedia untuk mengetepikan perbezaan politik demi kebaikan bersama.


"Jalan menuju perpaduan tidak mudah tetapi ia penting untuk membina masa depan yang mencerminkan semangat Malaysia Madani," katanya lagi.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page