top of page

Tolak MoU: Pembangkang main drama politik - Angkatan Muda Harapan



Oleh: Azuan Ab Rahman


Tindakan Perikatan Nasional (PN) menolak draf Memorandum Persefahaman (MoU) dengan kerajaan dilihat sebagai satu lagi permainan politik pembangkang.


Ketua Penerangan Angkatan Muda Harapan, Ammar Attan berkata, tindakan PN menolak MoU berkaitan peruntukan yang diusulkan oleh Kerajaan Perpaduan itu memperlihatkan bagaimana pembangkang mengabaikan kepentingan rakyat demi matlamat politik mereka.


PN juga tegasnya lebih fokus pada perpecahan politik daripada penyelesaian demi kepentingan rakyat yang dijanjikan oleh MoU untuk pemulihan ekonomi itu.


"Rakyat, sudah lama menunggu penyelesaian, kini dihidangkan dengan retorik dan permainan politik PN.


"Langkah yang sepatutnya membawa kestabilan politik negara kini bertukar menjadi drama politik tanpa kesudahan.


"MoU ini memberi peluang kepada pembangkang untuk memainkan peranan semak dan imbang yang lebih konstruktif serta memastikan peruntukan diagihkan secara adil kepada semua Ahli Parlimen.


"Namun, tindakan PN yang berterusan bermain politik jelas menunjukkan pengabaian kepentingan rakyat demi matlamat politik mereka," katanya dalam kenyataan.


Media sebelum ini melaporkan, PN menolak MoU kerajaan berkaitan dengan peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang dengan alasan antaranya MoU itu bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, nilai budaya, moral dan agama.


Susulan itu Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof kemudian tampil mendedahkan draf kandungan MoU itu yang bertujuan membawa kestabilan politik.


Intipati MoU itu juga supaya supaya semua Ahli Parlimen lebih memfokuskan kepada usaha pemulihan ekonomi dan dapat memainkan peranan dengan lebih konstruktif sebagai semak dan imbang.


Sementara itu Ammar dalam kenyataannya menyeru pembangkang menghentikan drama politik mereka, rakyat tegasnya mahu melihat negara terus melangkah maju kehadapan.

0 comments

Kommentare


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page