Tolak kluster mahkamah jadi timbalan speaker


Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Wong Kah Woh menyeru kesemua 220 Ahli-Ahli Parlimen supaya membuat memilih Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat mengikut hati nurani (vote by conscience).


Beliau berkata, ini demi melindungi integriti dan keutuhan institusi Parlimen negara sekaligus menolak sebarang calon yang mempunyai rekod yang tercemar atau dari kalangan kluster mahkamah daripada memegang suatu jawatan yang begitu penting dalam Parlimen.


“Ini supaya ia tidak mendatangkan penghinaan dan menyebabkan institusi Parlimen menjadi suatu bahan ejekan,” katanya dalam satu kenyataan.


Jawatan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat menjadi kerusi panas selepas Datuk Seri Azalina Othman Said meletakkan jawatan itu baru-baru ini.


Namun, pihak kerajaan telah mencadangkan Datuk Seri Ahmad Maslan sebagai Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat yang baharu.


Kah Woh menganggap, cadangan itu adalah mengejutkan dan membimbangkan memandangkan Ahmad sedang menghadapi perbicaraan di mahkamah untuk dua pertuduhan iaitu tidak mengisytiharkan RM2 juta yang diterima daripada Datuk Seri Najib Razak kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan memberikan penyataan palsu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


Justeru, katanya, Tan Sri Muhyiddin Yassin seharusnya memegang janjinya bahawa beliau tidak akan bekerjasama dan menyokong mana-mana mereka dari kalangan kluster mahkamah.


“Mahiaddin telah menyatakan pendirian beliau yang nampaknya begitu jelas dan tegas, dan sudah sampai masa beliau untuk mengotai janji atau ‘walk the talk’.


“Ini bagi memastikan beliau sendiri dan ahli-ahli Parlimen parti beliau tidak akan menyokong mana-mana calon dari kluster mahkamah apabila pengundian pemilihan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat dibuat pada 14 September ini,” katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER