top of page

Tolak darurat, tolak Muhyiddin - AMK Gombak


Angkatan Muda Keadilan (AMK) Gombak menempelak tindakan kerajaan Perikatan Nasional (PN) di bawah Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mempergunakan darurat untuk terus kekal berkuasa.


Ketua AMK Gombak, Arie Yudistira Ishaq berkata pengisytiharan darurat atas alasan bagi pencegahan penularan Covid-19 tidak boleh diterima sama sekali kerana tidak ada satu pun negara di dunia yang menggunakan darurat bagi menangani Covid-19.


"Ternyata cubaan menggunakan darurat bukan untuk selamatkan rakyat dan negara daripada Covid-19 tetapi digunakan untuk selamatkan kerusi dan kedudukan 70 orang Menteri dan Timbalan Menteri.


"AMK Gombak mendesak Tan Sri Muhyiddin Yassin segera meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri atas kegagalan menguruskan bencana Covid-19 dan beliau merupakan punca utama penularan Covid-19 khususnya di negeri Sabah.


"Kerakusan dan kegelojohan PN merampas kuasa di Negeri Sabah menjadi punca utama wabak Covid-19 semakin terus menular.


"Justeru, kami AMK Gombak memohon Yang di-Pertuan Agong supaya menolak permohonan Perdana Menteri bagi pelaksanaan darurat dan kami berharap Agong menasihatkan Muhyiddin agar beliau meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dengan segera," katanya.


Arie juga menyeru rakyat supaya bangkit menolak pelaksanan darurat tersebut.


"AMK Gombak mengajak seluruh warga Malaysia yang merdeka untuk menzahirkan secara terbuka penolakan dan bantahan kita semua terhadap cubaan menggunakan darurat bagi menutup mulut rakyat ini dengan menggunakan hashtag #TolakDarurat, #MuhyiddinOut dan #TolakPengkhianat.


"Semoga Allah memelihara Malaysia ini daripada bencana Covid-19 dan sama-sama kita bermunajat dan berdoa agar Covid-19 ini dimusnahkan sepenuhnya daripada bumi ini," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page