top of page

Tolak darurat & MAGERAN pastikan Covid berakhir, ekonomi kembali pulih - Anwar


Pemerintahan darurat atau usul menubuhkan kerajaan Majlis Gerakan Negara (Mageran) tidak akan mengakhiri pandemik Covid 19 dan memulihkan ekonomi.


Bagi Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kedua-dua idea tersebut tidak wajar diteruskan atau diterima sebagai penyelesaian kemelut yang dihadapi negara.


Katanya, darurat mahupun Mageran akan menggugat keyakinan pelabur dalam dan luar negeri untuk menanam modal.


"Setelah ketua-ketua parti mengadap Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Yang di-Pertuan Agong, pelbagai pandangan dikemukakan. Kami dalam Pakatan Harapan (PH) dan saya baca juga kenyataan presiden Umno amat jelas, menolak darurat, adakan sidang Parlimen segera dan dasar yang jelas untuk meringankan beban rakyat, dalam masa kita hadapi kemelut malapetaka Covid 19.

"Soal apa yang kita bicarakan dengan Agong tidak boleh dikatakan secara terbuka namun pendirian boleh dinyatakan secara terbuka kerana ada orang yang mengambil kesempatan ini, umpamanya untuk mencelah. Bila ditanya berkenaan darurat, tidak setuju. Tetapi setuju pula dengan Mageran di bawah kerangka darurat.


"Jangan kita korbankan untuk jaga kepentingan, menjadi satu kuasa diktator untuk menyangkut kuasa padahal tiada alasan munasabah untuk menolak demokrasi atau permesyuaratan atau sidang Parlimen.


"Kita kena ingat terus dengan darurat, walaupun alasan menangani masalah Covid, ekonomi kita akan kekal corot. Ekonomi memerlukan keyakinan sama ada pelaburan dalam negara atau pelaburan asing. Untuk kedua ini, harus meyakinkan rakyat dan pelabur bahawa sistem kita stabil. Pemerintahan mempunyai hala tuju yang jelas dan ada kebebasan," kata Anwar dalam siaran Facebook, malam tadi


Presiden KEADILAN itu tegas menolak pemerintahan darurat ketika ini yang mana undang-undang dibuat tanpa perbahasan, hanya dua tiga kerat orang menentukan nasib 30 juta rakyat dan tidak memungkinkan ekonomi dapat dipacu dengan meyakinkan.


Mengulas mengenai cadangan-cadangan yang diberikan kepada Agong, Pengerusi Pakatan Harapan itu berkata, beberapa laporan dan kertas cadangan telah diberikan.


"Kita mengemukakan beberapa kertas kajian dan cadangan secara konkrit. Pertama isu menangani masalah Covid 19 jangka panjang yang telah diberikan kepada Jawatankuasa Khas Darurat beberapa ketika dahulu


"Kedua vaksin harus mencukupi, ini banyak disuarakan terutama oleh Tuanku Sultan Selangor mengenai kelewatan, kelembapan pelan vaksin.


"Ketiga, langkah-langkah mengenalpasti kesan ditimpa oleh rakyat dengan beberapa tindakan memperkenalkan PKP, PKPD dan lain-lain. Ini kita siapkan dengan satu rencana panjang yang saya edarkan kepada pihak media (sebelum ini)," katanya.


Anwar juga mengesahkan satu strategi keluar daripada kemuraman ekonomi akibat Covid 19 turut dipersembahkan kepada Agong dan beliau berjanji akan membentangkannya kepada rakyat Malaysia mulai Isnin 14 Jun ini.


"Langkah berikutnya kertas kedua. Kita membicarakan pasca Covid 19. Apa dia exit strategy.


"Strategi keluar dari malapetaka. Dengan kerajaan yang lemah dan tidak absah, ketiadaan cara yang jelas, maka ekonomi tidak mungkin bangun.


"Sebab itu kita kemukakan beberapa strategi, umpamanya selain daripada Covid tetapi tentang bagaimana boleh memanfaatkan kewangan termasuk melalui pinjaman untuk mengurangkan beban rakyat. Hal ini telah dipersembahkan kepada Agong hasil kajian pasukan di bawah Ketua Pembangkang dan diteliti oleh pimpinan PH," katanya lagi.




0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page