top of page

Tolak darurat, keputusan berlandaskan semangat Perlembagaan - Anwar



Penolakan nasihat Perdana Menteri (PM) Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah agar mengisytihar darurat merupakan petanda kekukuhan dan kemantapan sistem Raja Berpelembagaan dan demokrasi berparlimen.


Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyambut baik keputusan berkenaan berkata, ketetapan itu sangat bertepatan dengan denyut nadi dan keresahan rakyat akan implikasi besar yang bakal timbul sekiranya cadangan kabinet Kerajaan Perikatan Nasional itu diteruskan.


"Saya menyambut baik serta menghargai kearifan dan kebijaksanaan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong serta ihsan dan hemah Raja-Raja Melayu atas kenyataan, pendirian dan pandangan terkait permohonan pengisytiharan darurat oleh Perdana Menteri dan barisan jemaah menteri.


"Ia ternyata suatu ketetapan yang berlandaskan semangat Perlembagaan dan memahami denyut nadi keresahan dan suara rakyat seperti yang disuarakan oleh pemimpin-pemimpin politik, masyarakat madani, tokoh-tokoh akademik dan pihak media yang bertanggungjawab dan menginginkan agar sistem demokrasi tidak dinodai," katanya dalam satu kenyataan.


Sehubungan itu, menurut Anwar yang juga Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Ahli-ahli parlimen Pakatan Harapan akan mengambil maklum nasihat Kebawah Duli Tuanku agar lebih menumpukan kepada isu-isu membela kebajikan rakyat, melawan pandemik Covid 19 dan usaha mewujudkan urustadbir kerajaan yang baik.


"Saya mengambil maklum nasihat Tuanku Agong agar pimpinan politik termasuk ahli-ahli Parlimen untuk tidak berlebihan berpolitik wajar dicermati dan dihayati.


"Tokoh-tokoh politik termasuk Ahli-ahli Parlimen harus prihatin dan menggalas tanggungjawab sesuai dengan semangat Perlembagaan dan kebertanggungjawaban kepada rakyat, institusi Parlimen dan negara agar dapat diimbangi pelbagai tuntutan terkait keadilan, menolak rasuah dan membatasi sebarang unsur penyalahgunaan kuasa.


"Selaras dengan semangat ini, maka kami akan mempastikan perancangan menangani malapetaka Covid-19, masalah pengangguran dan kemiskinan serta menjana pertumbuhan ekonomi dapat dilaksanakan dengan lebih terencana dan berkesan," katanya lagi.


Petang tadi, Agong menolak cadangan PM Muhyiddin untuk mengisytihar darurat ke seluruh negara dengan alasan mengawal pandemik Covid 19. Penolakan tersebut dibuat selepas Agong mendapat pandangan daripada mesyuarat Majlis Raja-raja yang diadakan di istana negara.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page