top of page

14 ADUN BN Negeri Sembilan setuju kekal sokong Kerajaan Perpaduan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 hour ago
  • 1 min read

Kesemua 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan bersetuju untuk terus kekal bersama Kerajaan Perpaduan di negeri itu.


Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (gambar) berkata, keputusan itu dicapai hasil perbincangan dalam pertemuannya bersama semua wakil rakyat terbabit semalam.


"Parti di peringkat nasional dan juga semua ADUN yang saya temui bersetuju supaya kita terus bersama-sama dengan Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan supaya tidak berlaku sebarang penggugatan, demi kepentingan rakyat keseluruhannya," katanya dipetik.


Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata begitu kepada pemberita selepas menyempurnakan perasmian dan menyaksikan majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara MyDigital ID Sdn Bhd dengan Rakan Kerjasama Strategik di Putrajaya.


Beliau sementara itu menegaskan, saat negara sedang berdepan permasalahan ekonomi global, semua harus bersatu hati bukan sahaja bagi menangani, tetapi bersama-sama mendukung perkara yang dihasratkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Beliau juga mengingatkan bahawa sebarang permasalahan atau pertikaian harus dihadapi secara bersama.


"Barisan Nasional dan Pakatan Harapan (HARAPAN) mempunyai perjanjian yang kita panggil sebagai Perjanjian 18 Perkara, jika ada ‘dispute resolution’ atau permasalahan yang harus kita sama-sama depani, maka kita kembali ke meja perbincangan untuk sama-sama mencari penyelesaian.


"Pada hemat saya, Perdana Menteri selaku Pengerusi HARAPAN sangat berlapang dada dan berfikiran terbuka untuk kita sama-sama melihat, jika ada perkara-perkara yang boleh diselesaikan secara bersama," tambahnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page