top of page

Tolak dakyah politik puak serpihan cuba lemahkan PM Anwar - SEKPUR

  • Writer: Akmal Manaf
    Akmal Manaf
  • 1 day ago
  • 2 min read

Sekretariat Gerak Gempur Media Sosial Rakyat Malaysia (SEKPUR) menggesa rakyat menolak dakyah politik sempit yang disebarkan di media sosial selepas mendakwa wujud cubaan terancang untuk melemahkan sokongan terhadap Kerajaan MADANI pimpinan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Pengerusi Biro Politik SEKPUR, Shahbudin Embun (gambar) berkata, pihaknya melihat gerakan serpihan yang telahpun menubuhkan parti politik jalur 'third force' itu bukan lagi bersifat memberi kritikan membina, tetapi satu usaha tersusun dipercayai digerakkan kelompok tertentu dengan niat melemahkan keyakinan rakyat dan menjatuhkan kerajaan yang sah dipilih secara demokratik.


"Matlamat akhir gerakan ini amat jelas (iaitu) untuk memastikan Perdana Menteri hanya kekal sebagai Perdana Menteri sepenggal, tanpa mengambil kira implikasi besar terhadap kestabilan politik dan kesejahteraan ekonomi negara.


"SEKPUR ingin menegaskan bahawa tindakan sebegini adalah tidak bertanggungjawab dan boleh menjejaskan keyakinan pelabur, kestabilan pentadbiran serta masa depan rakyat Malaysia secara keseluruhan," katanya dalam satu kenyataan.


Justeru kata Shahbudin, pihaknya telah mengambil langkah proaktif dengan menggerakkan seluruh jentera komunikasi untuk menangkis segala tuduhan tidak berasas dan fitnah yang disebarkan dan memberi penjelasan berfakta kepada rakyat.


"Kami juga mengambil langkah proaktif dengan memastikan naratif yang sahih dan tepat terus sampai kepada masyarakat sekali gus memperkukuh sokongan terhadap kepimpinan Kerajaan MADANI.


"Hakikatnya, dalam suasana geopolitik dan ekonomi global yang mencabar ketika ini, negara memerlukan kepimpinan yang berpengalaman, berwibawa dan berintegriti seperti PM Anwar untuk terus memacu agenda reformasi dan pembangunan negara.


"Kami akan terus komited mempertahankan kestabilan negara serta menyokong segala usaha Kerajaan MADANI dalam memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara," ujarnya lagi.


Beliau juga menyeru agar rakyat Malaysia tidak terpengaruh dengan sebarang kandungan video yang tular di platform TikTok yang jelas membawa naratif negatif serta berunsur fitnah terhadap Kerajaan MADANI, dan berharap rakyat tidak akan memberi undi kepada parti politik yang ditubuhkan hanya untuk mensabotaj pemerintahan yang stabil di bawah kerajaan MADANI waktu ini.

1 Comment


Viktor Nesteroid
Viktor Nesteroid
a day ago

Hey everyone, I discovered this after an Instagram creator mentioned planning posts before sharing them. At first, I thought I would not need something like that because I usually post whenever I have free time. Then I realized I was spending too much time deciding what should come next. I decided to test Preview Feed for post scheduling and see if it could make things easier. What interested me was having a place to organize future posts, think about timing, and prepare my content without pressure. I liked that I could look at the feed as a complete picture rather than separate uploads. It also helped me keep track of ideas that would normally disappear in my notes. I was satisfied…

Like

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page