top of page

Tol percuma sempena Deepavali 11 - 12 November



Sambutan perayaan Deepavali bagi masyarakat India tahun ini akan lebih meriah dengan pengecualikan bayaran tol selama dua hari kepada para pengguna lebuh raya sebagaimana dipersetuji Kerajaan Perpaduan.


Menurut Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, kementerian beliau melalui mesyuarat bersama syarikat konsesi juga telah bersetuju pemberian tol percuma tersebut dilaksanakan bermula pada 11 November 2023 (Sabtu) jam 12.01 pagi sehingga 12 November 2023 (Ahad) jam 11.59 malam.


"Pengecualian tol akan diberikan kepada semua jenis kelas kenderaan di semua plaza tol kecuali di plaza tol di sempadan negara iaitu Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Plaza Tol Tanjung Kupang, Johor.


"Inisiatif ini dilaksanakan bagi meraikan kesemua rakyat Malaysia terutamanya masyarakat kaum India beragama Hindu yang menyambut perayaan Deepavali.


"Ini juga selari dengan hasrat Kerajaan Perpaduan dalam membantu meringankan beban rakyat yang merentasi kepelbagaian agama, kaum dan kepercayaan," katanya dalam kenyataan.


Kata Nanta Linggi lagi, pemilihan tarikh itu juga bertujuan mengelakkan penumpuan trafik pada hari perjalanan pulang ke kampung dan kembali semula ke bandar serta dapat mengoptimumkan pengoperasian dan penyelarasan logistik tambahan seperti pengurusan kawalan trafik, sumber air tambahan, penyediaan tandas serta keperluan logistik lain yang melibatkan pihak ketiga di kawasan hentian sebelah (Lay By) dan kawasan Rehat & Rawat (R&R) di sepanjang lebuh raya.


Anggaran jumlah trafik dalam masa dua hari tersebut, katanya, adalah sebanyak 11.8 juta kenderaan.


"Dengan pelaksanaan tol percuma ini, diharapkan pengguna lebuh raya dapat memanfaatkan peluang ini selain merancang perjalanan dengan sebaiknya," kata beliau lagi.


Pengguna boleh menyemak status trafik atau sebarang insiden di lebuhraya yang akan dikemaskini di media sosial rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) iaitu di Facebook: Lembaga Lebuhraya Malaysia atau di Twitter @LLMtrafik secara berkala.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page