top of page

Tol percuma Hari Raya Aidilfitri: Kerajaan belanja RM37.6 juta



Kerajaan membelanjakan sebanyak RM37.6 juta bagi menampung kos tol percuma pada 8 dan 9 April ini sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, menurut Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan.


Beliau berkata, kerajaan tidak bercadang untuk menambah bilangan hari tol percuma dan hal itu kekal seperti diumumkan sebelum ini.


"Untuk dua hari tol percuma kerajaan telah membayar RM37.6 juta, kalau kita bundarkan angka itu lebih kurang RM38 juta kepada 33 konsesi lebuh raya di negara ini. Kiranya satu hari lebih kurang RM19 juta dibayar kepada syarikat konsesi.


"Jadi itulah keputusan muktamat dibuat oleh Kabinet," katanya kepada pemberita selepas meninjau persediaan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menghadapi musim perayaan di Menara Korporat Persada PLUS di Kuala Lumpur hari ini.


Semalam Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi mengumumkan kerajaan bersetuju memberikan kemudahan tol percuma selama dua hari iaitu pada 8 dan 9 April kepada semua pengguna lebuh raya bagi kenderaan Kelas 1 (persendirian).


Ahmad berkata PLUS menjangkakan sebanyak 2.1 juta kenderaan sehari bakal menggunakan lebuh raya PLUS pada 5, 6, 9, 12, 13 dan 14 April ini susulan cuti hari raya, berbanding 1.82 juta pada waktu puncak hari biasa.


Katanya lebih 4,500 petugas PLUS akan bertugas sepanjang musim perayaan ini bagi memastikan kelancaran trafik.


"PLUS menugaskan seramai 70 orang kakitangan sehari di Pusat Pemantauan Trafik PLUS (TMC) pada waktu-waktu puncak untuk memantau, mengumpul dan menyalur maklumat trafik terkini serta menyelaras bantuan kepada pengguna lebuh raya.


"Bagi pengguna lebuh raya, rancang perjalanan dengan sebaiknya menggunakan jadual digital di aplikasi MyPLUS-TTA," katanya

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page