top of page

Tol Lebuhraya Besraya, Lekas turun lepas sebulan Anwar jadi PM



Tol bagi lebuh raya kendalian kumpulan IJM Corporation Berhad, iaitu Lebuhraya Sungai Besi (Besraya) dan Lebuhraya Kajang - Seremban (Lekas) akan diturunkan kadarnya mulai 1 Januari 2023.


Menurut Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexendar Nanta Linggi, persetujuan kumpulan IJM menurunkan kadar tol tersebut selaras dengan keputusan Jemaah Menteri yang dibuat pada 21 Disember 2022.



"Persetujuan penurunan kadar tol ini merupakan sebahagian daripada persetujuan penyusunan semula struktur dan kadar tol bagi kedua dua lebuhraya tersebut yang diputuskan oleh kerajaan.


"Penurunan kadar tol adalah sebanyak RM0.15 bagi kenderaan kelas 1 yang melalui plaza tol Loke Yew dan Mines (arah Utara dan Selatan) Lebuhraya Besraya.


"Manakala kadar tol bagi kenderaan kelas 1 dikurangkan daripada 0.1811 sen per km kepada 0.1666 sen per km bagi Lebuhraya Lekas bagi sistem tol tertutup, dan kadar tol kekal seperti sedia ada bagi sistem tol terbuka iaitu di Plaza Tol Ampangan," katanya



Menurut beliau lagi, kadar tol yang dikutip pada masa ini adalah sebanyak RM2.00 sehala bagi kenderaan kelas 1 yang melalui mana mana plaza tol Lebuhraya Besraya dan RM8.30 sehala bagi kenderaan kelas 1 yang menggunakan keseluruhan Lebuhraya Lekas.


Katanya, melalui penurunan kadar tol mulai 1 Januari 2023, kenderaan kelas 1 yang melalui mana mana plaza tol Lebuhraya Besraya akan membayar RM1.85 sehala, manakala bagi pengguna yang menggunakan keseluruhan Lebuhraya Lekas akan membayar RM7.80 sehala.


Tambah Nanta Linggi, penurunan kadar tol bagi kedua dua lebuhraya itu adalah bagi sepanjang tempoh konsesi


Katanya, melalui penyusunan semula struktur dan kadar tol bagi kedua dua lebuhraya itu kerajaan akan dapat menjimatkan peruntukan bayaran pampasan yang dianggarkan sebanyak RM1.978 bilion sepanjang tempoh konsesi bagi kedua dua lebuhraya.


"Cadangan penurunan kadar tol bagi kedua dua lebuhraya ini juga adalah tanda keprihatinan kerajaan dalam membantu rakyat yang berdepan dengan masalah kenaikan kos sara hidup ketika ini," katanya lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page