top of page

Tokong sumbang derma kepada sekolah kebangsaan, semangat kebersamaan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Sep 26
  • 1 min read

David Cheong (berbaju kelabu) bersama Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan (baju biru) menyaksikan pemberian derma kepada Sekolah Kebangsaan Leftenan Adnan
David Cheong (berbaju kelabu) bersama Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan (baju biru) menyaksikan pemberian derma kepada Sekolah Kebangsaan Leftenan Adnan

Oleh: Akmal Manaf


Inisiatif Tokong Hong Tian menyalurkan sumbangan kewangan kepada beberapa sekolah, termasuk Sekolah Kebangsaan (SK) di sekitar Kajang, mencerminkan semangat kebersamaan yang melangkaui batas kaum dan agama.


Pengerusi Biro Perpaduan Nasional KEADILAN Selangor, David Cheong Kian Young yang menyaksikan detik itu, merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan rasa kagum terhadap inisiatif tokong berkenaan.


''Tokong Hong Tian telah menyampaikan sumbangan sebanyak RM3,000 kepada setiap sekolah termasuk Sekolah Kebangsaan Leftenan Adnan.


''Tindakan murni pihak tokong jelas menunjukkan semangat kebersamaan yang melangkaui batas kaum dan agama.


''Lebih membanggakan, sumbangan tersebut tidak hanya diberikan kepada sekolah jenis Cina, tetapi turut melibatkan Sekolah Kebangsaan.


''Inisiatif sebegini menjadi lambang nyata bahawa rakyat Malaysia mampu hidup dalam suasana saling menghormati dan menyokong antara satu sama lain,'' katanya dalam satu kenyataan.


Baru-baru ini, David Cheong telah memenuhi jemputan ke 'Simi Mountain Feng Tian Palace Celebrating the 83rd Anniversary of the Holy Emperor's birthday Peace Dinner' yang turut melibatkan penyampaian sumbangan kepada beberapa buah sekolah.


Ujar David Cheong yang juga Ahli Dewan Negeri (ADN) Kajang, usaha sumbangan seperti itu wajar dicontohi semua pihak kerana hal itu dapat memperkukuhkan hubungan antara komuniti, sekali gus memperkuat semangat Malaysia MADANI di bumi Malaysia yang tercinta.


Beliau berkata, usaha murni tersebut merupakan antara contoh Perpaduan MADANI yang diilhamkan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu perpaduan berteraskan nilai kasih sayang, kebersamaan dan kepedulian tanpa mengira latar belakang bangsa dan agama.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page