top of page

Tokoh perniagaan Islam AS minat melabur ke Malaysia

Updated: Nov 19, 2023



Perdana Menteri mengadakan pertemuan dengan ahli perniagaan dan pakar teknologi dalam kalangan Islam yang berpusat di San Francisco, Amerika Syarikat (AS) pada Sabtu.


Melalui satu hantaran di laman Facebooknya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau telah bertemu Pengarah Pemasaran Komersial SpaceX, Omar Kunbargi; Ketua Pegawai Eksekutif Rembrand, Omar Tawakol; Ketua Pegawai Eksekutif Ornovi, Fauad Hasan; Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Z2Data, Mohammad Ahmad; Presiden Whizz System, Muhammad Irfan dan Ketua Perhubungan Z2Data, Osama Ahmad.


Beliau dengan pakar-pakar terlibat berbincang mengenai keperluan untuk memberi lebih perhatian berkaitan bidang kecerdasan buatan (AI), pendidikan dan aeroangkasa.


"Mereka juga menyatakan minat untuk melabur di Malaysia selepas mendapat penjelasan yang jelas mengenai hala tuju negara," jelas Anwar.


Sementara itu jelas Anwar, pada pertemuan itu mereka turut membincangkan situasi yang menimpa warga Palestin ketika ini, selain soal pembangunan umat Islam di AS.


"Mereka turut menyatakan dukungan dan penghargaan atas pendirian keras dan istiqamah Malaysia mengenai penderitaan warga Palestin," katanya.


Terdahulu, Perdana Menteri berada di AS bagi mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Ke-30 Pemimpin-Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).



* Kredit foto ALBARRA AZFAR/PMO



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page