top of page

Tokoh penting akan dicalonkan di Parlimen Tambun - Chang Lih Kang



Parlimen Tambun yang dikhinati oleh pemimpin Bersatu akan dirampas kembali oleh Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 yang akan diadakan pada bila bila masa.


Hal itu ditegaskan oleh Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Perak, Chang Lih Kang dalam ceramah Jelajah Trak Ayuh Malaysia di Parlimen Tambun, malam tadi.


Menurut Lih Kang, seorang tokoh penting akan dicalonkan di kerusi Tambun bagi menentang Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Mohd Faizal Azumu.


"Parlimen Tambun kerusi yang amat penting. Sebab di sini mandat rakyat dikhianati, itu sebabnya kerusi Tambun sangat penting dan saya beri jaminan PH akan menawarkan seorang tokoh besar untuk menawan balik Parlimen Tambun," katanya.


Naib Presiden KEADILAN itu menegaskan beliau tidak boleh menyatakan lebih lanjut mengenai tokoh yang dimaksudkan, dan berharap sesiapa sahaja yang diturunkan perlu disokong padu sehingga menang di kerusi tersebut.


Dalam pada itu, Lih Kang mengecam Presiden Umno yang juga berasal dari Perak, Ahmad Zahid Hamidi yang terus berdegil untuk memaksa Perdana Menteri mengadakan PRU ke 15 pada musim tengkujuh.


Katanya, 10 juta rakyat Malaysia berkemungkinan akan mengharung banjir dan tidak dapat digambarkan PRU diadakan pada waktu segenting itu.


"Jabatan Meteorologi meramalkan tahun ini hujan lebih lebat dan bajir lebih teruk. Dijangka 10 juta rakyat Malaysia akan jadi mangsa banjir


"Dalam keadaan macam ini, Zahid Hamidi dan Umno nak adakan PRU. Buta perut kah dia?


"Apa tujuan adakan PRU? Kenapa nak adakan tahun ini juga? Zahid ini Ahli Parlimen tak banyak, pertuduhan rasuah yang banyak. Ada 47 pertuduhan, lebih banyak daripada Ahli Parlimen dia.


"Dia nak adakan PRU tahun ini supaya kalau Umno menang besar, dia boleh bebas dan jadi PM. Confirm dia tak bagi Ismail (sebagai PM), sebab Mail Naib Presiden (Umno) sahaja," katanya.


Oleh itu kepada penduduk Parlimen Tambun yang rasional, Ahli Parlimen Tanjung Malim itu merayu agar mereka tidak lagi membenarkan BN atau PN berkuasa.


Selain daripada kerajaan tidak stabil, BN atau PN juga katanya akan meneruskan tradisi sakau wang rakyat sehingga negara muflis.


"Saya merayu kepada tuan puan, kali ini kita kena cerdik, jangan bagi orang yang rasuah macam ini bermaharajalela lagi.


"Dulu kes Najib semua orang ada bukti kata dia rasuah. Tetapi dia nafi. Orang yang nasihatkan dia, disiasat, semua dia pecat. Muhyiddin dia pecat, Shafie Apdal dia pecat. Peguam Negara dia pecat.


"Tetapi 2018 mujurlah rakyat buat pilihan yang tepat. Polis geledah rumah dia, dapat 72 beg. 35 beg penuh wang tunai, RM114 juta. Orang paling kaya di dunia pun tak simpan banyak itu dalam rumah dia.


"37 beg lain beg tangan mahal, ada jam tangan mahal. Semua nilai lebih kurang RM1 bilion.


"RM1 bilion cukup untuk negeri (belanjawan) Perak dalam setahun, dia simpan dalam rumah. Masa itu rakyat buka mata, rupanya skandal Najib ini betul.


"Kali ini kita kena bersiap sedia. Demi masa depan anak cucu kita, kalau berlaku PRU dalam masa terdekat saya merayu bagi sokongan padu kepada PH," katanya lagi.



0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page