top of page

Tokoh GLC letak jawatan, pelabur asing jauhkan diri?




Perletakkan jawatan dua tokoh peneraju syarikat berkaitan kerajaan (GLC) baru-baru ini seolah-olah membawa Malaysia ke zaman gelap kewangan.


Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang semakin gelojoh campurtangan dalam pengendalian GLC gergasi seperti Petronas dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) sehingga tokoh-tokoh terbilang mengundurkan diri.


"(Kita dihadapkan) beberapa berita mengejutkan. Pertama Tan Sri Wan Zulkiflee yang lebih tiga dekad bersama Petronas. Dianggap tokoh berwibawa, profesional dan telah mengangkat kedudukan Petronas ke taraf antarabangsa. Dunia mengiktiraf. Majalah Fortune 500 (menyenaraikan Petronas) di antara 100 teratas. Wan Zul dikaitkan dengan pengurusan terbaik


"Soal penggantian (ketua) adalah soal kedua. Tetapi pengurusan (cemerlang di) Petronas itu menyebabkan ia mendapat kedudukan tinggi. Ini yang membimbangkan kita (prestasi seterusnya Petronas), terutama dalam keadaan ekonomi meleset sekarang.


"Kemudian tokoh muda. Teknokrat yang terkenal di peringkat antarabangsa iaitu saudara Jalil Rasheed. Beliau seolah-olah ditekan dan meletakkan jawatan di PNB.


"Bila Jalil memilih untuk meletak jawatan kerana tekanan, ia sangat mengecewakan. Berapa bilion ringgit saham Bumiputera yang lesap selama ini, berapa banyak institusi bumiputera yang tidak dapat dikawal kerana pengurusan lemah atau bertolak ansur dengan tekanan politik?


"Jadi bila ada anak muda punyai kelayakan dan kewibawaan kita patut sokong. Malangnya beliau tidak dapat berkompromi dengan cara-cara untuk mengambil kepentingan dari PNB," kata Anwar dalam siaran langsung di Facebook, petang ini.


Ahli Parlimen Port Dikcson itu sempat memetik komen Credit Swiss, sebuah agensi kewangan antarabangsa tersohor berhubung tekanan ke atas Jalil. Beliau membacakan petikan; pengunduran itu tentu akan memberi gambaran kepada dunia pelaburan, Malaysia telah melanggar garis merah yang menyebabkan orang akan mulai kehilangan keyakinan terhadap institusi negara.


Credit Swiss merasakan, tindakan campurtangan kerajaan akan memberi mesej bahawa teknokrat yang dilantik terpaksa berkompromi dengan tokoh politik. Sekiranya tidak maka seperti mana yang berlaku, mereka terpaksa bertolak ansur dengan korupsi, pengambilan komisyen dan sebagainya untuk menyelamatkan jawatan.


Anwar turut mengecam tindakan semberono ke atas Pengerusi LPPKN, Dr Narimah Awin yang diminta berundur bagi digantikan dengan ahli parlimen PN.


"Hanya untuk memberi kedudukan, jaminan yang lebih baik kepada ahli-ahli parlimen," katanya.


"Ini yang kita kesalkan. Saya dari awal menyatakan tidak menolak kalau ahli parlimen itu mempunyai pengalaman teknokrat dan sebagainya. Tetapi kalau sekadar dilantik, kemudian dengan elaun besar ia tidak membantu," sinis Anwar.


Untuk rekod, sejak PN mengambil alih teraju negara 3 bulan lalu hampir kesemua Ahli Parlimen gabungan itu telah dilantik mempengerusikan pelbagai GLC di peringkat Persekutuan.


Hal ini mendapat bantahan majoriti rakyat kerana pengerusi sebelumnya dilantik dari kalangan teknokrat dan pakar dalam perniagaan. Manakala ahli-ahli politik biasa tidak mempunyai kemahiran teknikal atau perniagaan mencukupi untuk membantu membuat keputusan strategik terbaik bagi GLC-GLC berkenaan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page