top of page

Salah guna bendera Malaysia: NGO lapor polis laman sosial MB T'ganu

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 39 minutes ago
  • 1 min read


Ahmad Nadhir membuat laporan polis di IPD Kemaman berhubung lambang Jalur gemilang tidak lengkap
Ahmad Nadhir membuat laporan polis di IPD Kemaman berhubung lambang Jalur gemilang tidak lengkap

Bendera Malaysia yang disalah guna dalam logo program Teguh Memimpin Terengganu (TMT) yang didakwa dipaparkan di laman sosial Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dilapor polis.


Setiausaha Pertubuhan Pendidikan Intelek Warga Terengganu, Ahmad Nadhir Yob yang membuat laporan polis berkata, perkara tersebut perlu disiasat biarpun hantaran telah diturunkan kerana perbuatan itu melanggar undang undang negara.

Bintang Persekutuan tidak cukup jumlah
Bintang Persekutuan tidak cukup jumlah

"Kita buat report minta siasat kenapa berlaku muat naik dalam page MB sendiri, sedangkan sebagai MB kesalahan ini tidak seharusnya berlaku dalam kedudukan beliau.


"Ini menunjukkan bahawa MB tidak cermat dalam tindakan," katanya.


Dalam laporan polis yang dilihat pihak media, Ahmad Nadhir berkata, "di dalam tangkap layar yang dihantar kepada saya jelas memaparkan kesalahan bendera Malaysia dalam logo program TMT 1.0 yang diadakan pada penghujung Mei ini di Kemaman.


Di mana logo bulan sabit tidak memenuhi spesifikasi rasmi, dengan memaparkan 11 pecahan bintang (Bintang Persekutuan), dan juga penggunaan Jalur Gemilang yang menyalahi Akta Lambang Dan Nama 1963, Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998".


Sehubungan itu Ahmad Nadhir mahu pihak polis menjalankan siasatan ke atas perkara tersebut dengan lebih lanjut.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page