top of page

Majlis syarah kitab hadis bukti Islam terus subur di Malaysia

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 12
  • 2 min read

Daurah Hadith bersama ulama hadith tersohor, asy-Syaikh Majd Makki Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin
Daurah Hadith bersama ulama hadith tersohor, asy-Syaikh Majd Makki Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin

Islam terus subur di bumi Malaysia, dan bertentangan dengan dakyah pembangkang kononnya kerajaan tidak terlalu mengutamakan penyebaran agama.


Hal itu terbukti apabila lebih 1,000 pencinta ilmu dan sunnah hadir ke Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya semalam sempena Daurah Hadith bersama ulama hadith tersohor, asy-Syaikh Majd Makki dalam rangka Ziarah Ilmiah ke Malaysia 2025.


Program anjuran Tirmidhi Centre dengan kerjasama Pejabat Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) itu berlangsung meriah dengan penuh penghayatan.


Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr Zulkifli Hasan undangan pakar hadis tersohor itu ke negara ini membolehkan umat Islam merujuk sendiri hadis hadis sahih yang menjadi amalan dalam Islam.


"Saya menyeru agar semua pencinta ilmu dan Sunnah untuk sama-sama hadir dalam siri Daurah Hadith bersama Syeikh Majd Makki, memandangkan beliau adalah pakar bidang tafsir yang tersohor.


"Ini juga adalah sebagai bukti Islam dan dakwah terus subur di Malaysia. Semoga keberkatan ilmu dan kasih Rasulullah S.A.W. terus mekar dalam jiwa umat," katanya dalam kenyataan.

Dr Zulkifli menyambut Syaikh Majid
Dr Zulkifli menyambut Syaikh Majid

Usaha itu, kata beliau, berjaya meneruskan riwayah hadis zaman berzaman yang mana para hadirin membaca, mendengar dan meriwayatkan "al-Arba'un al-Ajurriyah" dan "al-Arba'un as-Sughra lil Baihaqi."


Atas permintaan beberapa peserta, katanya, Syeikh Majd turut menurunkan periwayatan kitab "Jiyad al-Musalsalat" karya as-Suyuti yang beliau sendiri tahqiq.


Dewan penuh dengan hadirin dari pelbagai negeri seperti Kedah, Selangor, Pahang, Kelantan, Wilayah Persekutuan, Perak, termasuk peserta dari Singapura.


Tiga kitab utama disyarahkan seperti "Akhlaq an-Nabi wa Adabuhu"; "al-Arba’un al-Ajurriyah"; dan "al-Arba’un as-Sughra".


Dr Zulkifli berharap sesiapa yang berkelapangan meluangkan waktu hadir ke majlis hadith dan tafsir yang disusun bersama Syeikh Majd Makki sepanjang 9 hingga 17 Mei ini. Siri jerayawara beliau merangkumi majlis hadis, majlis tafsir al-Quran dan majlis tawsiyah umum.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page