top of page

Tok Min pastikan Negeri Sembilan terus berjaya - Nurul Izzah

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 days ago
  • 1 min read

Timbalan Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar (gambar) berharap pengundi Negeri Sembilan terus memberi mandat kepada Datuk Seri Aminuddin Harun bagi membolehkan agenda pembangunan negeri itu diteruskan demi manfaat rakyat.


Katanya, beliau mahu Aminuddin terus menerajui Negeri Sembilan kerana telah menyaksikan sendiri bagaimana perjalanan politik Menteri Besar itu sejak mula berkempen pada 1999.


"Sudah tentu dari segi empati, kita nak beliau terus menyebarkan usaha untuk memastikan Negeri Sembilan terus berjaya.


"Saya merayu kepada pengundi agar dapat mengekalkan Tok Min (Aminuddin) dan HARAPAN berdasarkan prestasi yang beliau telah buktikan.


"Berilah undi kepada kami agar Tok Min dapat meneruskan agenda kejayaan untuk rakyat di Negeri Sembilan," katanya ketika ditemui penulis Noraini Nordin.


Dalam pada itu, Nurul Izzah berpandangan, persaingan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini amat sengit, justeru Pakatan Harapan (PH) perlu memperoleh jumlah kerusi yang mencukupi bagi membentuk kerajaan negeri.


"Jentera dan calon PH diingatkan agar tidak terlalu yakin, sebaliknya terus mendekati dan merayu sokongan pengundi kerana setiap undi mampu menentukan keputusan dalam pilihanraya.


"Kita (perlu) memastikan mereka (pengundi) faham apa keutamaan mereka yang akan kita perjuangkan (nanti).


"Kalau kita ada peluang untuk memaksimumkan kehadiran pengundi, inilah masanya. 1 Ogos (esok) menjadi penentu bagi Negeri Sembilan," katanya yang tetap optimis meskipun berdepan persaingan yang getir.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page