top of page

Tohmahan perkauman dalam insiden Sultan Perak tidak boleh dibiarkan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 4 hours ago
  • 1 min read
Ahmad Shafiq Ahmad Ariffin membuat laporan polis ke atas penyebaran berita palsu oleh pemimpin Pas
Ahmad Shafiq Ahmad Ariffin membuat laporan polis ke atas penyebaran berita palsu oleh pemimpin Pas

Pihak polis digesa menjalankan siasatan terhadap kenyataan palsu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manjoi, Hafez Sabri berhubung insiden seorang wanita cuba mendekati Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada Ahad.


Naib Ketua Pemuda AMANAH Perak, Ahmad Shafiq Ahmad Ariffin berkata, kenyataan pemimpin Pemuda Pas itu yang menyentuh bangsa berunsurkan hasutan yang boleh mengundang kebencian sekaligus menjejaskan keharmonian masyarakat majmuk di negara ini.


"Walaupun kenyataan tersebut telah dipadam, ia telah tular sehingga mendapat pelbagai reaksi daripada masyarakat.


"Saya memohon pihak polis untuk menyiasat kenyataan Hafez serta mengambil tindakan sewajarnya," katanya dipetik.


Beliau sebelumnya hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh pada Isnin bagi membuat laporan berkaitan isu tersebut.


Media sebelum ini melaporkan seorang wanita ditahan selepas bertindak naik ke pentas utama mendekati Sultan Nazrin ketika Sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri 2025 di sini pagi Ahad.


Berita palsu mengaitkan wanita itu sebagai berbangsa Cina kemudian disebarkan secara meluas di media sosial sehingga membangkitkan perasaan tidak senang dalam kalangan masyarakat.


Pihak berkuasa polis kemudian menjelaskan, insiden itu melibatkan seorang wanita Melayu tempatan yang mempunyai sejarah rekod rawatan psikiatri.


Sementara itu menurut Ahmad Shafiq, pihaknya membuat laporan tersebut bagi menjaga keharmonian masyarakat serta memelihara keselamatan dan kestabilan daripada unsur yang boleh menggugat perpaduan kaum.


Justeru pihaknya menggesa siasatan dijalankan mengikut Akta Hasutan 1948, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 atau mana-mana peruntukan undang-undang berkenaan bagi memastikan perkara sama tidak berulang.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page