top of page

Tohmahan pencen bekas anggota kabinet dimansuhkan palsu



Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan tohmahan bahawa Kerajaan Perpaduan yang diterajuinya akan memansuhkan pencen bekas anggota kabinet.


Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai dakwaan beberapa pihak kononnya kerajaan akan memansuhkan pencen bekas anggota Kabinet sebagai satu lagi langkah penjimatan perbelanjaan kerajaan.


"Dakwaan (bahawa) Kerajaan Perpaduan Malaysia akan menimbang untuk hapuskan pencen atau kurangkan pencen (tidak benar).


"Itu tidak munasabah kerana isu ini menyentuh soal Perlembagaan dan ia harus diteliti dan dirujuk semua pihak," katanya sambil menegaskan tindakan sedemikian tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya.


Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun sementara itu berkata, terdapat beberapa tindakan yang diambilnya sebelum ini hanya melibatkan pentadbiran.


Antara langkah diambil membabitkan pemberian kenderaan kepada bekas menteri.


"Bekas menteri yang sebelum ini dapat kemudahan kereta semua saya batalkan. Dari segi peraturan pentadbiran ia tidak langgar Perlembagaan," jelasnya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page