top of page

Krisis politik N Sembilan: Patuhi titah Tuanku, fokus hadapi ketidaktentuan ekonomi - PM

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 hour ago
  • 1 min read

Krisis politik di negeri sembilan susulan 14 ADUN UMNO menarik sokongan daripada Kerajaan Perpaduan akan dibiar reda dan tumpuan pada masa ini lebih diberikan kepada usaha untuk menghadapi ketidaktentuan ekonomi global susulan konflik di Asia Barat.


Sehubungan itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa semua pihak mematuhi titah Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan untuk memberi laluan kepada pentadbiran Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun meneruskan tugasnya seperti biasa.


PM ditemui pemberita selepas solat Jumaat
PM ditemui pemberita selepas solat Jumaat

"Kita ikut titah Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, titah (bahawa) Menteri Besar teruskan tugas mentadbir negeri dalam (keadaan) krisis ekonomi (global). Tumpu itulah, nak rebut apa lagi? Tunggulah sekejap," katanya selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Nurul Iman, Rawang petang tadi.


Menurut Anwar, keputusan untuk meredakan keadaan tersebut telah dimaklumkan kepada pimpinan Pakatan Harapan dan UMNO-Barisan Nasional.


Bagaimanapun, PM tidak menolak sebarang perundingan pada masa depan dalam merungkai krisis politik berkenaan.


"Jadi sebab itu kita dah nasihat, dan saya dah sampaikan kepada kawan kawan pimpinan Pakatan Harapan, dan kita sampaikan juga kepada pimpinan UMNO.


"Runding kita boleh runding, tetapi sekarang jangan gugat usaha memulihkan ekonomi dan memelihara kepentingan rakyat. Itu yang pentingnya," katanya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page