top of page

Tohmahan Hj Hadi: AMK Kemaman gesa PH ambil tindakan undang-undang

Updated: Aug 3, 2022



Tohmahan berterusan pemimpin Pas terhadap Pakatan Harapan (PH) tidak wajar dibiarkan begitu sahaja.


Menurut Angkatan Muda KEADILAN Cabang Kemaman, tiba masanya PH mengambil tindakan undang undang kepada pemimpin Pas terutama presidennya yang sering menuduh tanpa bukti ke atas pentadbdiran kerajaan PH sebelum ini.


"AMK Kemaman menggesa pimpinan PH supaya segera mengambil tindakan undang-undang terhadap Duta Khas ke Timur tengah Tan Sri Abdul Hadi Awang atas ucapan berbau fitnah yang beliau ucapkan.


"Beliau mengatakan dalam ucapannya pada majlis pelancaran Perikatan Nasional (PN) Negeri Terengganu bahawa PH memerintah ibarat tikus membaiki labu. Beliau juga mengatakan kerajaan PN sebelum ini berjaya mentadbir dengan lebih baik berbanding PH.


"Kenyataan ini jelas tohmahan kepada PH. Sedangkan episod pengkhianatan yang disokong oleh beliau sendiri yang menyebabkan negara terjerumus ke dalam krisis politik dan ekonomi yang tidak berkesudahan dan merugikan rakyat," kata kenyataan Unit Penerangan Angkatan Muda KEADILAN Cabang Kemaman.


Sebelum ini Presiden Pas, Hj Hadi sering mengungkit pentadbiran PH kononnya mencabar hak Melayu, Perlembagaan Persekutuan, agama Islam dan sebagainya menyebabkan Pas terpaksa berpakat dengan Bersatu dan Umno untuk mengambil alih pentadbiran negara.


Malangnya, semua kenyataan tersebut lebih kepada tohmahan kerana tidak diberikan bukti yang jelas.


"Kenyataan seperti itu adalah suatu fitnah kepada PH. Episod pengkhianatan yang disokong oleh beliau sendiri (Hj Hadi) yang menyebabkan negara terjerumus ke dalam episod krisis politik dan ekonomi yang tidak berkesudahan serta merugikan rakyat.


"Pimpinan PH tidak seharusnya berdiam diri dan patut mengambil tindakan yang wajar. Membiarkan fitnah yang membawa kepada kezaliman kepada rakyat seperti ini adalah sesuatu perkara yang tidak boleh dibiarkan oleh pimpinan PH," kata kenyataan itu lagi.

0 comments

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page