top of page

TLDM bantu proses pengebumian 10 mangsa helikopter terhempas



Proses bedah siasat ke atas 10 mangsa insiden helikopter terhempas yang dijalankan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh, Perak telah selesai pada pukul 2.20 petang tadi


Markas Tentera Laut dalam kenyataan berkata jenazah beragama Islam dibawa ke Kem Batalion ke-23 Rejimen Askar Melayu Diraja, Ipoh untuk solat jenazah.


"Jenazah mendiang Leftenan Sivasutan Thanjappan pula dibawa pulang ke kediamannya di Setiawan sebelum disemadikan esok.


"Jenazah mendiang Laskar Kanan JJM Joanna Felicia anak Rohna akan dibawa pulang menaiki pesawat C-130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) untuk disemadikan di Serian, Sarawak," kata kenyataan itu hari ini.


Kenyataan itu berkata, pihak pengurusan tertinggi TLDM yang dilantik telah menghubungi waris mangsa melalui unit masing-masing tentang kejadian itu.


"TLDM akan terus memberikan sokongan dari segi bantuan pengurusan jenazah dan sebarang keperluan daripada pihak waris sebaik mungkin.


"Penghormatan terakhir buat semua wira TLDM yang terkorban akan dilaksanakan mengikut tradisi tentera laut di setiap lokasi pengebumian yang dipersetujui waris," katanya.


Semalam seramai 10 anggota tentera laut Malaysia disahkan terkorban apabila dua helikopter bertembung di udara sebelum terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Manjung, Perak.


Kejadian pada pukul 9.32 pagi itu melibatkan Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) TLDM yang membawa tujuh kru manakala sebuah lagi helikopter Fennec TLDM dengan tiga kru yang terhempas semasa raptai Perbarisan Hari TLDM ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut.


Helikopter HOM-AW139 terhempas di tangga Stadium Pangkalan TLDM Lumut manakala helikopter Fennec terhempas di kolam renang Kompleks Sukan TLDM.


Terdahulu tular video berdurasi 21 saat di media sosial memaparkan sebuah helikopter terlanggar bahagian belakang sebuah lagi helikopter sebelum kedua-duanya kelihatan terjunam ke darat.


Dalam video sama, kelihatan terdapat serpihan helikopter jatuh ke dataran berhampiran lokasi ratusan anggota TLDM lain sedang melakukan latihan perbarisan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page