top of page

'Titah Sultan Selangor hanya libatkan Kampong Bharu, pembangkang mati kutu?'

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Sep 21
  • 2 min read

ree

Percubaan untuk meluaskan isu pengambilan tanah Kampung Sungai Baru di Kuala Lumpur ke kawasan bersebelahannya, Kampong Bharu, oleh laskar siber pembangkang susulan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menemui jalan buntu.


Isu itu menurut aktivis Pakatan Harapan Kelantan, Mohd Hisyamuddin Ghazali atau Syam Ghaz, mati begitu sahaja apabila Sultan Selangor mengeluarkan kenyataan media kedua yang menjelaskan kenyataan pertama Baginda tidak melibatkan isu pembangunan semula Kampung Sungai Baru yang sedang tular pada waktu ini.


Sebelum itu, terdapat laskar siber yang mengaitkan isu pengambilan tanah dan masa depan penduduk Kampong Bharu yang mungkin menerima nasib sama seperti penduduk Kampung Sungai Baru yang diambil paksa tanah mereka pada 2021 lalu.


"Terima kasih DYMM Sultan Selangor kerana memberikan penjernihan. Akhirnya pembangkang mati kutu isu Kg Sungai Baru," kata Syam Ghaz dalam satu kenyataan.


Menurutnya, titah asal Baginda hanya menekankan sejarah dan simbolik Kampong Bharu sebagai Malay Agricultural Settlement (MAS) yang diwujudkan sejak 1899 dan diiktiraf pada tahun 1900 sebagai rizab Melayu.

Mohd Hisyamuddin Ghazali
Mohd Hisyamuddin Ghazali

"Baginda mahu apa-apa pembangunan mengambil kira asal-usul penubuhan Kampong Bharu serta kepentingan Melayu.


"Sultan Selangor menjelaskan bahawa titah asal hanya merujuk kepada Kampong Bharu secara keseluruhan, bukan secara khusus kepada isu semasa pembangunan semula tanah di Kampung Sungai Baru," ujarnya.


Hisyamuddin menjelaskan, di sinilah perbezaan ketara antara Kampong Bharu dan Kampung Sungai Baru yang sering dikelirukan.


"Kampong Bharu mempunyai status undang-undang khas sebagai MAS, diwartakan sejak tahun 1900 sebagai rizab pertanian Melayu. Ia meliputi beberapa kawasan tradisi termasuk Kg Masjid, Kg Atas A, Kg Atas B, Kg Hujung Pasir, Kg Pindah, Kg Periok, Kg Paya dan lain-lain.


"Manakala Kampung Sungai Baru pula adalah salah satu penempatan moden di tepi Kampong Bharu dan tidak termasuk secara langsung dalam Malay Agricultural Settlement (MAS) yang diwartakan pada tahun 1900.


"Statusnya lebih kepada pegangan individu di bawah hak milik tanah, bukan rizab MAS," jelas beliau.


Sehubungan itu, katanya, amat tidak wajar isu Kampung Sungai Baru diputarbelitkan sebagai kononnya melibatkan tanah rizab MAS atau penghakisan hak orang Melayu di Kampong Bharu semata mata untuk memanaskan isu pengambilan tanah.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page